KUALA LUMPUR 17 Nov. – Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kawasan sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu, Tsu Koon, 62, berkata, secara asasnya, ia merupakan keputusan peribadi dan telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan Jawatankuasa Pusat (CC) Gerakan.
Namun katanya, beliau tidak berada di bawah tekanan untuk membuat keputusan itu walaupun berhadapan pelbagai kritikan sejak kebelakangan ini termasuk dari dalam parti yang mendesaknya supaya meletak jawatan.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan mengenai hasrat saya ini dan beliau menerima serta menghormati keputusan tersebut.
“Ia juga selaras dengan langkah kepada pembaharuan dan transformasi Gerakan dengan memberi peluang kepada generasi pelapis memainkan peranan lebih penting menerusi agenda ‘Gerak Bersama Rakyat',” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Selasa lepas, Tsu Koon menyatakan bahawa beliau akan membuat pengumuman penting mengenai pelan pembaharuan parti itu hari ini.
Tsu Koon berkata, beliau masih kekal sebagai Presiden Gerakan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan ditentukan Perdana Menteri.
Ps: Hakikatnya, DAPigs lagi takut bila Si Koh Tsu Koon ni umum kata dia tak bertanding. Diorang dah mula tercari - cari kaedah lain untuk serang BN di Pulau Pinang.
Kalau sebelum ni, diorang dah buat perancangan rapi untuk menghadapi KTK. Jadi sekarang, perancangan tu semua perlu diubah.
Tapi apa nak pelik ye tak. Kalau dah namanya dari spesis Biawak, semua benda pun dia suka berubah - ubah. Cakap pun tak serupa bikin. Inikan pulak dengan perancangan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.