Rabu, November 30, 2011



Mak datuk!!! Punya teruk Si Mak Lampir ni kena lempang dek Datuk Sharizat sampai diibaratkan sebagai nyamuk je.

Tak cukup dengan itu. Kak Ijat juga turut mencabar Si Mak Lampir Zuraidah ni agar mendesak Si Ketua Penipu tu letak jawatan sebab banyak skandal yang masih belum selesai.

Kata Kak Ijat, Si Mak Lampir Zuraidah tu jangan sekadar tahu nak mempertikaikan pasal orang lain je. Masalah dalam parti sendiri pun tak selesai jugak.

Inilah akibatnya kalau suka sangat mempertikaikan orang lain. Sekali dibalas, dah kena batang hidung sendiri. Sekarang apa lagi dia nak cakap?

Tapi bab diorang suka kaji nyamuk depan mata tu, memang betul sangat dah. Diorang memang dah lali dengan bau bangkai gajah mati depan mata. 

Sebab itulah diorang semua macam orang gila. Dah asyik sangat bergelumang dengan bangkai tu, sampai otak pun naik bengap!!!
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berhadapan dengan tekanan daripada PKR agar meletakkan jawatan kerajaan dan politik ekoran siri pendedahan berkaitan NFC, yang diuruskan oleh keluarganya.
Antara isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah salah guna dana projek ternakan lembu NFC termasuk untuk membeli kondominium mewah dan membiaya perbelanjaan keluarga, antaranya kos menunaikan umrah.
Sekali lagi hari ini, Shahrizat (gambar) mempertahankan dirinya bahawa beliau tidak kena-mengena dengan syarikat diuruskan oleh suami dan anak-anaknya.
Sebaliknya beliau mencabar Ketua Wanita PRK Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.
Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.
Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.
“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.
“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.
Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”
“Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan,” katanya lagi.
“Buat Zuraida, jangan ingat Wanita Umno penakut,  walaupun kamu menghentam saya, saya tetap senyum sampai dah tak boleh nak senyum lagi ni, itu belum kita angkat kain lagi,” tegas Shahrizat memberi amaran kepada Zuraidah supaya jangan memperlekehkan wanita Umno kerana pergerakan wanita itu jelasnya sentiasa bersedia menepis dakwaan fitnah dan songsang PKR.
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. jangan angkat kain kak jat. nanti nampak bulu beruban tu malu saya. mak lampir memang gitu jangan ambil hati.Simpanan keluarga punaisihat PKR hampir 1 billion RM di israil bank camna. mak lampir tak nak siasat ka.

    BalasPadam
  2. Korang pun nganga apa yg dapat. projek lingkup, dia jg yg senang. Shahrizat nak bagitau yg beliau bersih, beliau bukan lembu, yg jd lembu ialah rakyat. Kalau lah belaiu guru sekolah adakah mungkin suami beliau boleh dpt projek mudah sebegitu..itu je soalan rakyat. Jgn la marah2.

    BalasPadam
  3. kalau Shahizat bukan menteri suami dia ada can ke dapat projek besar tu .Yang dia lipat tu duit rakyat apa kena dengan kelakuan buruk orang lain , Kalau kira perangai buruk hampir separuh menteri kena letak jawatan , ramai yang tahuu perangai dia org tapi rakyar biasa x tau , tu yg dia masih sokong .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping