Khamis, November 24, 2011


Nampak gayanya, usaha 'Murni' Si Nurul Izzah ni hanya akan membuatkan dia lebih sakit jiwa. Inilah padahnya kalau ada niat yang tak baik dalam hati.

Dia bukan setakat naik angin bila baca artikel dibawah ni. Malah mampu jugak hilang akal dibuatnya. Mana taknya. Puas dia dengan Si Tony Puaka tu berusaha, tapi tak jalan jugak.

Rakyat bukan setakat tak percaya dengan dakwaan yang dibuat. Malah mereka mengalu - alukan pulak usaha pihak Kerajaan ni.

Jadi, buat Si Nurul Izzah ni, Semut nak pesan satu je kat dia. Buat la kerja untuk rakyat tu dengan niat yang ikhlas demi tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Jangan asyik nak menipu je kerjanya!!! Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!!
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Usaha kerajaan meluaskan kemudahan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia di semua institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara disambut baik beberapa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini.
Presiden MPP Universiti Malaysia Sabah (UMS), Khalil Sabu berkata, usaha kerajaan itu amat dialu-alukan kerana bakal memberi banyak manfaat kepada golongan mahasiswa.
"Kewujudan KR1M dan Menu Rakyat pastinya membantu mengurangkan beban kos sara hidup seharian penuntut universiti yang berhadapan situasi perbelanjaan tinggi ekoran ekonomi hari ini.
"Bukan itu sahaja, ia sebenarnya memberi peluang kepada penuntut untuk terlibat sama dalam pengurusan kedai sekiranya kerajaan membenarkan usaha sama dengan mahasiswa menerusi program keusahawanan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan semua IPT di negara ini akan menikmati kemudahan KR1M dan Menu Rakyat 1Malaysia.
Usaha itu akan dilaksanakan kerajaan secara berperingkat-peringkat sebagai langkah membantu penuntut universiti menghadapi perbelanjaan tinggi dan menanggung kos sara hidup yang membebankan.
Beliau berharap cadangannya supaya mahasiswa turut dilibatkan dalam KR1M diberi perhatian oleh kerajaan. Ini bagi menggalakkan lagi ilmu keusahawanan diterapkan di kalangan mereka.
Sementara itu, Presiden MPP Universiti Putra Malaysia (UPM), Iqbal Ismat Nordin pula berkata, tindakan kerajaan itu jelas memperjuangkan kebajikan penuntut universiti.
"Selaku wakil pelajar, saya berterima kasih atas keprihatinan kerajaan terutamanya kebajikan mahasiswa yang sememangnya kerap kali berhadapan dengan krisis harga makanan.
"Saya mencadangkan kerajaan melaksanakan polisi baru untuk harga Menu Rakyat di IPT dan menjadi pembekal barangan 1Malaysia kepada semua koperasi pelajar di kolej-kolej sekiranya isu lokasi strategik KR1M sukar dicari," katanya.
Categories: ,

8 ulasan:

  1. jangan jadi bodoh laa.. Harga barang kat tesco, giant pun lebih kurang macam harga kr1m...

    BalasPadam
  2. ..tanpa nama 24 Nov jam 1:18 PTG nie ada masalah ke?.... he.. he.. he.. ingatkan ada statistik .. kalau lebih cuba sebut.. kalau kurang cuba sebut... ini masalahnya dengan penyokong dan pendokong PR.. ngalahkan otak udang kedunguan nya... semua orang buat tak betul...

    BalasPadam
  3. Dulu bergegar2 kata TESCO tu Israel punya. U orang PAs/PKR pi ker?

    Oklah tu kalau TESCO lebih baik dari KR1M, maknanya Israel lebih baiklah ye dan Kerajaan pulak lebih teruk kan?

    Dasar tak sedar diuntung. Kapir ko angkat, Melayu Islam ko perang.

    BalasPadam
  4. Tak sedar ke diri tuh...
    PR ni kalau rasa bagus sangat ceritalah pasal kejayaan sendiri atau at least usaha2 murni..
    jangan dok nila kerja orang sahaja

    penyokong kebenaran

    BalasPadam
  5. Kalau ditakdirkan UMNO/BN gah seperti 10 tahun lalu, pasti tidak akan ada itu semua yg berslogankan 1 Malaysia. Tiadak ada juga RM100, RM500, gaji KAFA RM230. Sepatutnya kita bersyukor UMNO/BN kalah teruk dan mereka kembali untuk berjinak dan berpijak dgn bumi yg nyata supaya parti tidak dijauhkan rakyat. Ibarat sewa liputan RM60.00 untuk guna hphone satu ketika dulu, bila ada company lain tambah, maka sikit kurang dan kini dah banyak mampu beri perkhidmatan yg lebih baik, maka pakat nak tawan hati pengguna, maka kini hanya pakai bayar sj. UMNO/BN baru tahu bahawa rakyat rupanya dah cerdik dan bukan lagi bergantung hidup pada JKKP sahaja.
    Tindakan UMNO/BN disifatkan oleh banyak pihak sebagai terlambat. Berhabis untuk dapatkan undi. Kenapa tidak dari dulu.

    BalasPadam
  6. Orang nak buat baik pun korang komen,bukalah minda tu sikit,yg baik tetap baik,tak baik tu berilah nasihat macamana nak jadi baik.Dalam satu keluarga mesti saling berbuat baik,nasihat-menasihati.barulah sejahtera,itulah maknanya ISLAM

    BalasPadam
  7. kalu dah dasar pembangkang,mmg ttp keras kepala dan hati ttp hitam...semua yg kerajaan buat tak betul.apa PR buat yg betul sgt sekarang...

    BalasPadam
  8. KIRA OK LA SEKARANG TP AKU NAK TUNGU APA YG ANUAR NAK BG TP SAMPAI LA AKU TNGOK DEPA TAK BAGI APA PUN

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping