Jumaat, November 18, 2011

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 November ini bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta dua yang lain yang disaman oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang sebanyak RM30 juta supaya memfailkan pembelaan masing-masing sebelum tarikh tersebut.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di kamar beliau dengan kehadiran peguam Datuk Jahaberdeen Mohd. Yunoos mewakili Datuk Zainal Abidin Osman selaku plaintif dan peguam Latheefa Koya bagi pihak defendan.
Mahkamah juga menetapkan 13 Disember ini untuk pengurusan kes itu.
Pada 24 Oktober lalu, Zainal Abidin memfailkan saman itu atas alasan difitnah kerana mendakwa defendan mengaitkan parti itu dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.
Zainal, 51, menamakan Guan Eng, 51, atas kapasiti peribadinya, PKR & syarikat penerbitan portal berita rasmi parti itu, Keadilan Daily, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd.; dan Ketua Penyuntingnya, Fazalah Pit masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.
Ps: Lepas ni, kita tengok pulak macam mana Si Biawak ni memutar belitkan cerita ni demi untuk kepentingan Politik dia.

Lagi pun, kita bukan tak tau yang lidah Si Biawak ni bercabang - cabang. Jadi cakap dia pun suka berbelit - belit. Jangan nanti dia terbelit diri dia sendiri sudah la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping