Kalau Setakat Nak Tidur Je, Baik Dok Kat Umah!!! |
Ini satu hakikat yang sangat sukar untuk diterima akal. Mana mungkin Si Wali Terompah ni nak lepaskan jawatan dia sebagai Menteri Besar dalam PRU akan datang.
Kalau boleh, dia nak terus jadi Menteri Besar sehingga seruan Allah sampai kepada dia. Dah tua dah, pun dia masih jugak tak sedarkan diri.
Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Si Wali Terompah ni, dia kata PAS tidak ada masalah untuk menetapkan calon dalam PRU yang akan datang.
KOTA BHARU 18 Nov. - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dan berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding.Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon."Pas tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu di sini hari ini.Beliau berkata, apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini. - Bernama
Maka dengan kenyataan tersebut, tak payah la dia nak bertanding lagi lepas ni. Bagi je la kepada orang lain yang lebih layak dan mempunyai kekuatan untuk bertanding.
Kan jugak yang kata, PAS tidak ketandusan dalam soal memilih calon sebab diorang ada ramai calon yang berkelayakkan?
Kalau setakat nak gantikan tempat dia sebagai Menteri Besar, bukan la perkara yang mustahil menurut kata dia.
Tapi kalau itu pun payah jugak dia nak buat, ada calon berkelayakan menda kejadahnya!!! Jangan la setakat berani bercakap dan mengabihkan air liur je!!! Bila suruh buat, takut la pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.