Apa nak jadi dengan Si Aziz Barbarik ni ek? Nampak gayanya, tak serik - serik lagi dia buat hal dalam Malaysia ni.
Lepas satu, satu kes dia timbul. Macam nak cari Publisiti Murahan pun ada jugak gaya dia ni. Kot ye pun nak cari Populariti, buat la benda bijak sikit.
Ini tidak. Perangai tak nampak lansung macam orang yang berpendidikan tinggi. Sedangkan budak tadika pun tahu nak menghormati orang lain. Yang dia pulak? Macam orang bodoh.
Dia dah buat dakwaan yang bukan - bukan terhadap Majlis Agama Islam Selangor dan juga Lembaga Zakat Selangor, pun masih tak nak mengaku jugak?
Bila DYMM Tuanku Sultan dah murka, baru itu la dia terhegeh - hegeh nak mintak ampun dan sebagainya. Kenapa sebelum dia buat dakwaan tersebut, dia tak fikir dulu?
Alasan dia keluarkan dakwaan tersebut kononnya sebab ada dikalangan Kerabat yang panggil dan menyokong saranan yang dia buat.
Kot dia bodoh sangat pergi percaya apa yang dicakap dek 'Kerabat' tu menda kejadahnya pulak? Takkan dia tak boleh fikir buruk baik dakwaan yang dibuat?
Nama je dia ni Profesor. Tapi otak mengalahkan budak tadika. Benda semudah itu pun dia tak boleh nak fikir, Profesor menda kejadahnya kalau macam tu. Baik lucut je gelaran Profesor tu. Buat malu kaum je!!!
SHAH ALAM, 24 Nov ― Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan baginda berkaitan audit kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).Terdahulu pagi tadi, Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Mais dan LZS bebas daripada diaudit.Sultan Selangor (gambar) bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.“Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Mais dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada audit.“Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul,” titah baginda, dipetik Bernama Online, merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.Aziz berkata, “saya tidak berniat melawan baginda.”“Saya rasa DYMM Tuanku tahu saya telah banyak menulis mengenai peranan dan kuasa raja-raja selaku ketua negeri dan ketua agama.“Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan Sultan,” kata Abdul Aziz dalam respons menerusi e-mel petang tadi.“Saya menyeru para pegawai atau orang yang rapat dengan istana berhenti memberi nasihat yang salah kepada Sultan. Saya sanggup mengadap untuk memberi penjelasan. Saya bukan antiraja seperti yang digambarkan.“Sebenarnya saya telah dipanggil oleh beberapa orang kerabat dan mereka menyokong kenyataan-kenyataan saya. Mereka kata teguran itu meskipun pahit perlu dibuat bagi menyelamatkan institusi raja dari ditunggangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Umno,” kata Aziz lagi.
Ps: Dia yang dah buat salah. Pun masih ada hati lagi nak tuduh UMNO? Memang sah, perangai Si Aziz Barbarik ni memang macam sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.