Jumaat, November 25, 2011


Berikutan dengan tindakan pihak Kerajaan yang nak meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti, Si Pak Timbalan Menteri kita ni bukan main lagi sukanya.

Kalau tengok dalam laman portal Pro Pembangkang, bukan main meleret lagi senyuman Si Pak Timbalan Menteri ni.

Semut bukan dengki. Biar la dia nak rasa bangga dengan pencapaian yang telah dikecapi pada ketika ini. Cuma Semut nak ingatkan saja.

Jangan suka sangat Pak Timbalan Menteri. Kita tengok dulu macam mana keadaannya nanti. Bila pintu sudah dibuka, ke mana hala tuju para Pelajar kita ni.

Kepada siapa mereka akan berpihak? Adakah ramai yang akan menyokong Kerajaan atau sebaliknya? Mampu atau tidak Pak Timbalan Menteri nak pikul tanggungjawab nanti?

Kalau mereka bersikap tidak memilih, tak pe lagi. Tapi kalau sampai merosakkan Negara dan mencaci cerca Kerajaan sedia ada, Pak Timbalan Menteri nak jawab ke?

Dia tentu takkan jawab punya. Dia tentu akan main selamat. Jadi, reputasi dia tak terjejas. Dia boleh kata, "Saya Timbalan Menteri. Bukan Menteri penuh."

Lagi pun, sekarang kita tengok pengaruh Pak Timbalan Menteri ni pun tak ke mana jugak. Puas dia duduk 'minum teh' dengan pelajar tu pun, dapat ke dia mengubah persepsi mereka?

Kalau dilihatkan setakat ini, TAK DE PULAK!!! Lagi ramai yang menentang Kerajaan parti dia sendiri ada la.

Maka itulah persoalannya. Sekiranya AUKU ini dipinda, Pak Timbalan Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya kepada kesan yang bakal dihadapi kelak. Jangan nak main lepas tangan pulak!!!

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kerajaan akan meminda Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, walaupun pindaan itu membenarkan mahasiswa menyertai parti politik tetapi pihak terbabit dilarang keras membawa budaya kepartian ke dalam kampus.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi akan merayu keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Najib, keputusan merayu itu perlu kerana kerajaan berpendapat keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April tahun lalu, menimbulkan pelbagai implikasi. - Utusan
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. lantak lah kau labi, semua ni akan uji kemana arah melayu...semakin kuku atau semakin celaru...parti cina tak kutuk parti lain sebangsa meka.. bab bahasa, budaya , agama meka akan BERSATU.. tidak saperti PAS/UMNO/PKR.. semua otak letak kat lutut..PKR kat bontot ..nasib kau la labu

    BalasPadam
  2. SEDANGKAN DALAM BATAS BERSAKAT PUN MEREKA SELALU MELIMPAH MELANGKAU SEMPADAN.

    BalasPadam
  3. si timbalan menteri ni nak peduli apa, bukan kah dia ni kekiri boleh kekanan boleh, depan boleh dan belakang apa lagi!!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping