Sabtu, Disember 31, 2011


Kalau termasuk hari ni, bermakna tinggal lagi 10 hari sahaja lagi untuk kita sama - sama mendengar keputusan kes liwat Si Ketua Penipu tu.

Setelah sekian lama kes tersebut tertangguh di mahkamah, akhirnya kita akan dapat melihat hasilnya nanti.

Walaupun ianya cuba dinafikan oleh Si Ketua Penipu tu serta konco - konconya sebelum ini, hakikat sebenar tidak dapat ditolak.

Malah Ketua Peguam Bela bagi kes tu sendiri telah memaklumkan kepada dunia bahawa Si Ketua Penipu tu telah pun melakukan perkara Haramjadah tu terhadap Mohd Saiful.

Tak kira la sama ada ianya dilakukan secara suka sama suka atau sebaliknya, perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T serta syariat Islam itu tetap dilakukan juga oleh dia.

Tak cukup dengan pengakuan didalam mahkamah, Human Right Watch (HRW) juga turut mengesahkan perkara tersebut.

Namun apa yang ditunggu - tunggu bukanlah keputusan kes tersebut sahaja sebenarnya. Ada satu lagi agenda yang sangat - sangat dinanti - nantikan.

Perkara tersebut dikatakan akan berlansung sehari sebelum keputusan di Mahkamah bakal dikeluarkan. Ianya merupakan Majlis Angkat Sumpah Mubahalah Si Ketua Penipu tu.

Setelah sekian lamanya juga, rakyat tertanya - tanya, kenapa Si Ketua Penipu tu takut untuk berbuat demikian seawal tuduhan tersebut dihadapkan kepada dia?

Adakah dia takut dengan Kebenaran atau dia takut dimakan sumpahnya sendiri? Tapi, sekarang kita dah tak heran.

Bukan setakat bersumpah di Masjid je yang dia takut. Malah nak bersumpah didalam Mahkamah pun dia terketar lutut.

Lagi dia nak tuduh orang buat konspirasi dan menabur fitnah terhadap dia? Lagi dia nak cakap yang semua ini hanya pembohongan semata - mata?

Yang dia tak nak buktikan Kebenaran tu kenapa? Apa pasal dia takut sangat nak serahkan DNA dia kepada Mahkamah apabila perkara tersebut dibangkitkan?

Barisan peguam serta saksi yang dia bawak pun semuanya GAGAL menyangkal kewujudan DNA tersebut. Mereka tidak dapat menafikannya. Jadi, DNA tu memang wujud.

Selain itu, dia juga turut diberi peluang untuk membela diri. Benda tu pun disia - siakan jugak dengan begitu sahaja.

Kenapa dia tak gunakan kesempatan yang ada untuk membuktikan yang dia tidak bersalah sebaliknya dia gunakan untuk mengkritik sistem kehakiman Negara?

Kan pelik tu? Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah nama dia pun Ketua Penipu. Jadi, memang itu je la yang dia mampu buat pun.

Maka, kita tunggu je la sama ada dia berani atau tidak untuk angkat sumpah mubahalah tu nanti. Jangan setakat cakap je diri tu tak bersalah. Oarang nak tengok bukti, bukan nak tengok air liur!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping