Jumaat, Disember 16, 2011

YB Syed Hamid (ADUN Kuala Semantan) Bersama Dengan YB Syed Ibrahim bergambar sewaktu di Pilihan Raya Kecil Kerdau
Berikut merupakan paparan yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian semalam yang menjelaskan luahan hati Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan.
TEMERLOH – Selepas sepenggal menjadi wakil rakyat, Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed dari Pas menyatakan rasa kurang berminat dengan jawatan yang disandang sekarang.
Syed Hamid berkata, tugas menjadi seorang wakil rakyat bukann senang tetapi disebabkan tanggungjawab kepada parti dan rakyat beliau teruskan.
"Bukan senang kerja ini, tapi sebab tanggungjawab, saya terpaksa pikul, kerana amanah dosa dan pahala saya sanggup," katanya.
Syed Hamid ditemui pada sidang media khas yang dibuat bagi menafikan penglibatannya dalam pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, di Bangunan Perhubungan Pas Negeri, semalam.
Syed Hamid turut menjawab, beliau bersedia sekiranya masih dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, namun dengan syarat hanya untuk kerusi Dun Kuala Semantan.
Menurutnya, beliau tidak berminat sekiranya dicalonkan di kerusi luar selain Kuala Semantan.
"Saya terima jika pucuk pimpinan mencalonkan nama untuk Kuala Semantan, tetapi tidak akan menerima untuk lain-lain kawasan, saya masih berkeyakinan menang di sini.
"Saya juga tidak kisah jika tak dicalonkan dan memberikan sokongan kepada calon lain yang mampu berkhidmat untuk parti dan rakyat," katanya.
Beliau juga secara peribadi berpendapat Pakatan Rakyat (PR) belum bersedia untuk menawan Pahang dalam PRU akan datang.
Dari apa yang Semut difahamkan, YB Syed Hamid juga turut terkejut dengan perkembangan yang berlaku di Selangor apa bila nama Hassan Ali digugurkan.

Khabar yang Semut dengar, isu yang mengaitkan nama beliau dalam projek pembinaan kilang memproses nadir bumi juga ada unsur - unsur Anwarinas dalam parti PAS.

Nampak gayanya, bukan setakat di Selangor je benda ni berlaku. Ianya turut menjejaskan pemimpin - pemimpin APS lain diseluruh Negara.

Terutama mereka yang Pro kepada Kerajaan Perpaduan dan jelas tidak menyokong Si Ketua Penipu tu secara lansung.

Adakah ini senario semasa yang berlaku didalam PAS? Nampak sangat yang mereka kini sedang giat menghakiskan para Ulama dalam parti tersebut.

Jika ianya benar, bermakna berkuburlah harapan pejuang - pejuang PAS yang selama ini mati - matian mempertahankan dasar serta agenda mereka untuk menegakkan Islam.

Bila dikenangkan, kesian Semut kepada Allahyarham Ustaz Fadhil Noor yang selama hari ini mahu melihat PAS dihormati oleh rakyat. 

Namun, apa kan daya. Semuanya hancur disebabkan tamak dan gila kuasa semata - mata. Itulah hakikatnya. Tapi orang PAS masih tak sedar diri jugak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping