Jumaat, Disember 16, 2011

KUALA TERENGGANU 15 Dis. - Dewan Ulama Pas hari ini menjadi sayap kedua dalam parti itu mempertahankan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berpendapat, tiada sebab Hasan perlu digugurkan daripada senarai calon pilihan raya umum akan datang.

Harun secara peribadi menyifatkan khidmat pemimpin seperti Hasan masih diperlukan oleh Pas dan Hasan turut memerlukan parti itu sebagai landasan meneruskan agenda perjuangan.
Menurut beliau, Hasan adalah seorang pemimpin yang baik serta sentiasa komited kepada parti.

''Pas dan Hasan sentiasa saling memerlukan, maknanya, Pas masih perlukan beliau dan beliau perlukan Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendirian Dewan Pemuda Pas Pusat yang akan berada di belakang Hasan untuk sama-sama memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan dilaporkan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menegaskan 'pengguguran' yang dikatakan itu sebenarnya tidak berlaku.

Ini kerana, jelas beliau, kepimpinan tertinggi parti berkenaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai senarai calon Pas.

"Semua ini (dakwaan) tak betul, mana ada dia digugurkan, sebab sekarang kita belum buat keputusan lagi untuk letakkan calon kita. Tak ada sebab kita nak gugurkan beliau (Hasan)," tambahnya.
Ps: Maka memang sah la Ketua Penerangan PAS Selangor tu memang seorang kaki Penipu sebab dia sengaja menyebarkan berita yang tak betul sebelum ini.

Macam mana orang macam tu pun boleh disimpan oleh PAS? Tak malu ke dia jadi Ketua Penerangan sedangkan maklumat yang diberikan pun disanggah oleh pemimpin PAS sendiri?

Apa, dia dah gila kuasa ke? Baru dapat jawatan sebagai Ketua Penerangan sampaikan teruja sangat nak tendang orang sesuka hati?

Nampak sangat PAS dah memang kacau bilau sekarang ni. Baru jadi pemimpin diperingkat Negeri pun dah gila kuasa. Kalau dapat pegang Negara nanti, entah apa pulak gilanya diorang ni. Bukan boleh percaya sangat pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping