Ahad, Disember 25, 2011

"TIDAK!!!..."
Semakin hampir dengan tarikh 9 Januari, Si Ketua Penipu tu dengar kata sedang memperhebatkan lagi aktiviti menabur fitnahnya.

Terkini, dengar kata dia sedang mengumpul 'lembu - lembu' dari kalangan mereka yang kononnya cerdik pandai untuk berhimpun dan buat kecoh di mahkamah nanti.

Tapi, dalam masa yang sama, ada agensi yang sedang membongkar rahsia - rahsia Si Ketua Penipu ni satu persatu. Meh baca pendedahan yang dibuat oleh AFP dibawah:
AIDCNews -23/12/11 – Bagaikan Iceberg, apa yang didedahkan AFP, 11 Disember, walaupun sedikit, namun nilainya sangat tinggi.
Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim“, lapor agensi berita tertua, AFP yang juga merupakan salah satu media terbesar dalam AP.
NGO ini yang dimaksudkan itu merujuk kepada dua ranting penaja induk NED (National Endowment for Democracy) iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute) yang bekerjasama dengan Freedom House dan pertubuhan hak asasi manusia.
Walaupun tidak dinyatakan secara spesifik dana yang diterima daripada pertubuhan hak asasi manusia, namun sudah menjadi pengetahuan umum, OSI (Open Society Institute) milik George Soros merupakan dalang di sebalik pergerakan bertopeng hak asasi manusia itu.
Menurut laporan AFP, NED dan Freedom House menerima dana tahunan dari kerajaan Amerika Syarikat (AS). Misalnya NED menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres, manakala Freedom House menerima dana yang tidak dinyatakan jumlahnya dari Jabatan Negara AS.
Sebagai perbandingan, AFP membuat perbandingan apa yang berlaku di Malaysia dan Asia Tengggara adalah sama dengan apa yang berlaku di Timur Tengah.
AFP memetik laporan Akhbar New York Times bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menunjukkan kebangkitan dunia Arab didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat.
Dalam rencana itu, menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti IRI, NDI, dan Freedom House, pertubuhan hak asasi manusia yang tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.
Ps: Ingat Anwar, Ingat Peliwat!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping