Sabtu, Disember 24, 2011


Dalam usaha Si Mustafa Ali ni nak menjerat Datuk Dr. Hassan Ali, hari ini dia terjerat diri dia sendiri. Rupanya, dia pun ada main belakang jugak.

Itulah orang kata, sepandai - pandai tupai melompat, tapi tak masuk Olimpik jugak. Ikuti pendedahan yang dibuat oleh Hassan Ali berkaitan dengan Mustafa.
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.
Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).
“Sekali lagi Mustafa Ali (gambar) terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.
Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.
Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa.
“Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan,” katanya.
Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
“Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan ‘stop-short’ di situ.
“Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno,” katanya.
Hah! Nak buat macam mana sekarang? Adakah PAS Pusat akan turut memanggil Mustafa Ali untuk memberikan penerangan? Atau dia nak dibiarkan begitu sahaja?

Kan orang dah pesan. Setiap kali kita nak menunding jari, kita kena ingat yang masih ada jari lain yang menunding ke arah kita. Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!! Jawap la, jangan buat - buat bodoh pulak!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. pas - penipu apa sahaja, penfitnah apa saja
    pas - peliwat ana suka, penzina ana sayang - ana angkat penzina jadi naib presiden ana doakan kesejahteraan kepada peliwat
    pas - parti asobiyah sejati - mat sabung berzina ana halalkan kerana dia ahlul pas sejati, anwar aljuburit meliwat dan berzina ada pertahankan kerana sekarang ni dia sama team dengan ana, kalau dia lawan ana balik ana akan hentam dia habis-habisan, ana akan baca ayat alquran yang ana tak baca sekarang untuk menghentam anwar aljuburit sekiranya dia melawan kumpulan ana balik. ana memamng puak asobiyah sejati, tetapi ana selamat dari nama asobiyah kerana ana tidak letakan parti ana sebagai parti kebangsaan.

    BalasPadam
  2. alamak kantoi la pulak...

    nak salahkan org lain tp diri sendiri pun tak betul....

    Pas pasti islam tp saling fitnah memfitnah sesama ahli...
    nak buat mcm mana memfitnak dan memaki dah jadi amalan harian kononnya parti islam ni

    BalasPadam
  3. SEMENJAK MEREKA MENGAMBIL ANUGAY HAMPAS UMNO, MAKA JADILAH PAS PARTI HAM"PAS"..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping