Apa sebenarnya tujuan laman portal Pro Pembangkang menyiarkan laporan seperti dibawah ini? Ianya ditulis oleh Editor Kanan laman tersebut.
Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS.
Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali.
Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS.
Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya.
Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno!
Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak.
Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'.
Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno.
Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya.
Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu.
Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya?
Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin?
Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS.
Apa agenda sebenar mereka yang dilihat sengaja nak melaga - lagakan diantara kepimpinan parti PAS yang kini sedang kuat bergolak.
Selain daripada itu, artikel tersebut juga dilihat sebagai satu langkah bagi mencegah wujudnya Kerajaan Perpaduan diantara PAS dan juga UMNO.
Ternyata, puak - puak Pakatan Pembangkang tu memang tidak mahu melihat Melayu bersatu apatah lagi jika kedua - dua parti tersebut bergabung.
Jelas, kini puak - puak Pakatan tu semakin terdesak sampai terpaksa mempergunakan kesempatan dalam kesempitan PAS yang kini sedang bergolak untuk keuntungan mereka.
Tapi, kita nak kata apa ye tak. Kalau dah namanya pun Merosakkini, jadi itu je la yang diorang tau buat. Melaga - lagakan orang tak tentu arah. Bukan diorang tau buat kerja lain pun!!!
apa kuasa dr hasan ali pun korang MUSIBAT KINI kecah apa???
BalasPadamada sapa2 pi jentik teluq korang ka???
meme anjing la MALAYSIAKINI kimak nie...
pejuang hamas...