Ahad, Disember 25, 2011

Bok Lokman, bekas pelakon yang kini aktif sebagai penceramah bebas dikalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.


Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu. - sumber dari MPP
Ps: Steady la JAIP. Macam ni baru betul. Hal ehwal berkaitan dengan agama ni bukan sebarangan orang boleh bagi ceramah sesuka hati.

Tak cukup setakat dapat hidayah je nak mengajar orang ni. Perlu jugak penuh ilmu didada. Nanti takut apa yang diajar jadi amalan dan kemudian jadi beban pulak diakhirat kelak.

Bila dah jadi beban di akhirat, hidayah yang kita dapat diatas muka bumi ni dah tak berguna lagi. Takkan benda semudah itu pun Si Bob Lokman ni tak tau? 

Apa, Tok Guru Wali Terompah tu lupa nak ajar ke??? Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga. Orang dah pesan, jangan riak dengan hidayah Allah. Kan dah kena halau. Baru Padan Muka Dia!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. LAIN KALI SEBELUM BERCERAMAH TU USTAD BOB BUATLAH TARIAN CIBIDI BOB,BOB ALA YANG MACAM KAU BUAT DALAM RAJA LAWAK HARITU!!!TAK INGAT LAGI!!

    CIBIDI,BIDI,CIBIDI,BOB,BOB,CIBIDI,BOB,BOB,
    CIBIDI,BOB, BOB (ULANG 44KALI)

    BalasPadam
  2. Tok Garu kuWali Terompah dh bg tauliah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping