14 Januari akan menjadi titik tanda kepada usaha meletakkan NURUL IZZAH sebagai pembawa panji kepada Pakatan Rakyat sekiranya sesuatu berlaku kepada Anwar Ibrahim. 9 Januari 2012 akan menjadi tarikh keramat – menentukan samada Anwar akan terus menjadi pemimpin PR dalam pilihanraya akan datang; atau keperluan mencari pengganti yang boleh membawa obor dan panji perjuangan.
Berdasarkan maklum balas awal pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat; dalam satu undian yang dibuat secara sulit – NURUL IZZAH muncul sebagai calon tunggal yang dipersetujui oleh PAS, DAP dan PKR sendiri. Azmin terpaksa menerima hakikat, kedudukannya sebagai Timbalan Presiden tidak memberikan dia wild card untuk menjadi pembawa obor kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Berdasarkan maklum balas yang diperoleh, Azmin berhadapan dengan KRISIS IMEJ yang sangat teruk di kalangan rakan Pakatan. Cara Azmin yang kasar dan sombong, tidak disenangi ramai pihak sewaktu menjalankan perbincangan mengenai senarai calon yang bakal diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.
Azmin terkenal dengan cara untuk ‘bulldoze’ calon yang dirasakan dekat dan akrab dengannya. Sampaikan, ada satu ketika, pertikaman lidah berlaku kerana Azmin cuba mempengaruhi senarai calon yang datang daripada PAS dan DAP. Ini yang membuatkan nama Azmin kerap kali tertinggal.
Situasi ini tidak bermakna Azmin akan jadi tidak penting. Azmin akan settle down dengan jawatan Menteri Besar Selangor. Ini dia sudah nyatakan sendiri di kalangan Ketua-Ketua Cabang yang dekat dengannya. Malahan, Azmin sudahpun mempunyai nama senarai EXCO yang beliau mahukan sewaktu menjadi MB Selangor nanti.
Izzah memang mempunyai ‘imej’ yang baik dan boleh menarik pengundi muda. Itu perlu diakui oleh kawan dan lawan. Pendekatan Izzah mudah dan disenangi ramai. Izzah lebih mudah didekati dan dibawa berbincang. Guan Eng dan Kit Siang mempunyai keyakinan bahawa Izzah mempunyai ‘luck’ untuk menjadi pemimpin PKR – sekiranya sesuatu terjadi kepada Anwar. Mereka sudah berfikir jauh.
Namun begitu, antara yang turut dipersetujui adalah kewujudan apa yang dipanggil sebagai ‘Leaders’ Council’ yang bakal menasihati Izzah daripada belakang. Council khas untuk membantu Izzah ini dikatakan akan memberi nasihat mengenai program dan pendekatan pilihanraya yang bakal diambil bagi meletakkan Izzah sebagai calon setanding dengan Najib Razak. - Seterusnya, Klik Kat Sini.
Ps: Macam mana diorang yakin sangat nak jadikan Si Nurul Izzah ni sebagai PEMIMPIN sedangkan kerja pun dia tak tau buat?
Ahli PKR dikawasan Lembah Pantai pun marah dengan dia, inikan pulak orang lain. Tapi masih ada hati nak jadikan dia sebagai pemimpin? Bagus sangat la tu. Senang sikit kerja nak membalun dia nanti!!!
Funder ada di belakang dia beb
BalasPadam"Macam mana diorang yakin sangat nak jadikan Si Nurul Izzah ni sebagai PEMIMPIN sedangkan kerja pun dia tak tau buat?"
BalasPadamSebab dia tak tau buat kerja la, dia orang nak dia menjadi "pemimpin".. dan akhirnya.. PKR di alibaba kan..
Itu modus operandi DAP kan..
duit dia yg anwar simpan kat bank israel tu ape citer lak???!!!
BalasPadamKalau nak tenguk PKR dan pembangkang terlingkup... berilah jawatan itu kepadanya ... itupun kalau pembangkang menang. Jangan mimpilah...bodonya....
BalasPadampuak2 depa ni ...dah buta hati...hramm jadah...hng ckp lah pa pon semua betoi kat depa...
BalasPadam