Khamis, Disember 01, 2011


Puak - puak Pakatan Pembangkan selalu mendakwa bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang rasis kerana memperjuangkan satu kaum sahaja.

Kalau ikut pendapat Semut, memang UMNO bertanggungjawab menjaga kepentingan kaum Melayu sejak dari dulu, kini dan selamanya.

Apa benda yang diorang pelik sangat dengan perkara ni? Dalam perlembagaan parti pun, ahli UMNO mesti terdiri daripada kalangan orang Melayu dan Bumiputera sahaja.

Mana ada kaum lain yang boleh menyertai parti UMNO. Tetapi, UMNO sanggup berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu didalam Barisan Nasional.

Benda ni dah lama berjalan tanpa ada sebarang kekeliruan kecuali yang ditimbulkan oleh puak - puak Pembangkang sejak dari dulu.

Dan, hakikatnya, Pembangkang dari sejak Merdeka dulu cuba nak tiru jalinan kerjasama yang dibuat oleh Barisan Nasional tetapi mereka GAGAL.

Malah pada ketika ini, pakatan yang dibuat oleh mereka hanya indah khabar dari rupa. Pakatan yang anjal bak kata Hadi Awang tu hanya Retorik semata - mata.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak tanggapan awam bahawa parti itu bersifat rasis kerana hanya mempertahankan hak sesuatu kaum sahaja.
Sebaliknya beliau menganggap pihak yang melakukan tohmahan itu jauh lebih rasis berbanding Umno.
“Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata kita rasis.
“Padahal mereka tidak sedar dia 100 kali lebih rasis daripada kita,” katanya kepada pemberita selepas ucapan perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Katanya, walaupun Umno jelas merupakan parti politik tunggal bagi kaum Melayu, namun parti itu sanggup bekerjasama dan berkongsi kuasa dan memperjuangkan hak kaum lain demi perpaduan.
Jadi, adakah mampu mereka nak mendabik dada mengatakan bahawa ada parti lain yang menjaga Kepentingan Melayu sejak dari dulu sampai sekarang ni?

Sedangkan diorang sendiri pun sering kali menolak tuntutan yang dibuat oleh Melayu, inikan pulak nak menjaga hak Melayu secara keseluruhan.

Tanah milik Melayu pun sanggup digadaikannya. Perniagaan Melayu dibiarkan roboh begitu sahaja. Jaga kepentingan Melayu menda kejadahnya kalau macam tu?

Hari tu, bila Si Sam Ketot cabar UMNO ubah perlembagaan bagi menjamin hak Melayu sebagai Perdana Menteri pun diorang dah puas bersilat - silat nak mengelak.

Macam - macam alasan pulak yang diorang keluarkan. Kata ianya bukan dasar Pakatan la, itu la, ini la. Lagi diorang nak kata yang diorang jaga orang Melayu?

Dah sah diorang ni dasar manusia - manusia yang memang tak sedarkan diri. Diorang lebih suka kaji nyamuk diseberang laut. Bangkai yang ada depan mata, diorang buat - buat tak tau pulak!!! Memang macam sial!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping