Selasa, Disember 13, 2011


KUALA LUMPUR, 13 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal untuk mempertikai keterangan pengadu dalam kes liwat dihadapinya sekarang dan oleh itu, penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sahaja tidak memadai, kata pendakwa raya hari ini.

Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah bahawa keterangan Anwar dari kandang tertuduh telah gagal mematahkan testimoni Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pengadu itu memang telah pergi ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

“Penghujahan kami, ia hanya satu pembohongan. Apabila anda gagal untuk mempertikaikan fakta keterangan PW1, (ia) bersamaan dengan pengakuan,” kata Yusof ketika hujah penggulungan beliau hari ini.

Ketua pasukan pendakwa ini berkata keterangan Anwar (gambar) tidak mencabar validiti rakaman CCTV di kondominium Desa Damansara, yang menunjukkan kehadiran beliau pada 26 Jun.

“Penafian seperti ini tidak menafikan kesemua kandungan keterangan PW1, bahawa Anwar telah meminta Saiful (yang juga saksi utama kes) pergi ke unit kondominium... tidak mempertikaikan bahawa ketua staf telah menghantar Saiful untuk menghantar kepada beliau (Anwar) satu dokumen,” kata Yusof.

Ps: Memang sah la Si Ketua Penipu ni seorang Peliwat. Tak kira la sama ada dia buat secara paksa atau suka sama suka, dia tetap meliwat. Itu je yang penting.

Buat apa lagi dia nak cakap yang semua ni satu konspirasi dan sebagainya? Nampak sangat dia mempeda'ah, bak kata Datuk Seri Najib dalam ucapan dia hari tu.

Kalau dia yakin ianya satu konspirasi, kenapa dia tak buat pembelaan didalam kandang saksi dan mengangkat sumpah? Kenapa dia sampai hari ni dia masih enggan serahkan DNA dia kepada mahkamah?

Itu sahaja dah cukup untuk membuktikan dia tak meliwat. Tapi, kenapa dia takut? Orang dah pesan, hidup ni jangan suka cari masalah. Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!!

Published with Blogger-droid v2.0.2

2 ulasan:

  1. Paduka Tuanku yang Di Pertuan Agung dan Timbalannya pun angkat sumpah dengan nama Allah masa terima pertabalan. Yang seko ni ingat dia lagi hebat. Jawatan dia seumur hidup. hihihi

    Sekurang-kurangnya dia tak berani bersumpah kerana takut dimakan sumpah. ini bermakna dia masih lagi percaya kepada kebesaran Allah SWT cuma tak nak tobat jer. hehehe

    BalasPadam
  2. perut anuar buncit la....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping