Selasa, Disember 27, 2011


ALOR SETAR - PKR Kedah yakin keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari depan, tidak akan menjejaskan momentum parti itu membuat persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, sekiranya keputusan kelak tidak memihak kepada Anwar, ia tidak akan menjejaskan tumpuan gerak kerja parti. “Kita tetap teruskan Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada 14 Januari.

Ia tidak jejaskan perjuangan parti, malah saya percaya semangat lebih memuncak untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Menurutnya, rakyat harus bangkit membuat perubahan sekiranya sudah sedar akan kepincangan dalam pentadbiran Pusat, seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Timbalannya, Senator Ir Zamri Yusof berkata, sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara, gerak kerja PRU13 tetap berjalan seperti biasa dan momentum parti akan bertambah kukuh sekiranya beliau dibebaskan.

Ps: La, pulak! Baru Si Sam Ketot tu beria - ia nak kumpul orang untuk menyokong Si Ketua Penipu tu meliwat 9 Januari nanti. Dah timbul pulak masalah dari PKR Kedah ni.

Diorang nampak gayanya tak pelik lansung sama ada Si Ketua Penipu tu didapati bersalah atau tidak. Macam Si Ketua Penipu tu tak penting pulak bagi diorang.

Bagi diorang, apa yang lebih penting ialah gerak kerja untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Nak sibuk - sibuk pasal kes liwat Si Ketua Peniputu buat apa?

Tapi tak boleh jugak kita nak salahkan diorang ye tak. Apa Tengkoraknya Si Ketua Penipu tu buat hal yang bukan - bukan? Dah tu nak menyusahkan orang pulak.

Dia sedap - sedap dapat membalun Si Mohd Saiful tu, nak suruh orang sibuk pergi berkumpul menyokong dia menda kejadahnya? Buat mengabiskan masa je!!! Tak de faedah lansung!!!

Published with Blogger-droid v2.0.2

1 ulasan:

  1. tidak gentar kerana ada modal utk ceramah pilihanraya nanti...ni la modal2 pembangkang nak menang bukan nak bantu rakyat tp hanya nak kuasa jer

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping