Khamis, Disember 08, 2011


Apa lagi yang nak diperkatakan mengenai Si Fuziah Thoron ni? Makin hari, makin banyak kisah disebalik dakwaan dia terhadap pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng telah terbongkar.

Terbaru, isu tersebut turut dikaitkan dengan nama seorang tokoh perniagaan yang turut mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat. Individu tersebut katanya turut mendapat habuan dari projek tersebut.

Tokoh yang disebut - sebut itu ialah Tan Sri Pheng Yin Hua yang turut dikaitkan dengan sebuah syarikat membekalkan besi pembinaan di Negara ini iaitu Kinsteel.

Syarikat peniagaan Kinsteel merupakan pembekal utama bagi syarikat Lynas membina kilang mereka di Gebeng. Syarikat tersebut dikatakan membekalkan besi bagi pembinaan kilang terbabit.

Tapi, dalam pada masa yang sama, syarikat tersebut juga turut memberi sumbangan kepada gerakan anti Lynas yang dikenali sebagai Save Malaysia Stop Lynas yang beroperasi di Kuantan.

Pelik, tapi itulah hakikatnya. Mereka dapat habuan, tapi dalam masa yang sama, mereka jugak yang bermain kayu tiga. Orang seperti ini memang suka bermuka - muka.

Yang paling tak boleh pakai ialah Si Fuziah Thoron tu. Dia jelas telah mengambil kesempatan ini semata - mata demi kepentingan Politik dia sahaja. Bukan nak membantu rakyat sangat pun.

Tak malu ke dia kerana sanggup mengambil kesempatan seperti ini? Tambah memalukan ialah apabila dia juga merupakan seorang wakil kepada rakyat yang telah memeilih dia dalam Pilihan Raya yang lalu.

Pekuang bertemu muka dengan beberapa wakil NGO di kawasan Gebeng baru - baru ini jelas kecewa dengan sikap Si Fuziah Thoron. Mereka jelas dah naik muak dengan tindakan Si Fuziah Thoron ni.

Bagi mereka, apa yang dilakukan oleh Fuziah hanya memporak perandakan penduduk dikawasan tersebut sehingga ada yang bergaduh sesama sendiri. Lebih kurang macam Dajal ada jugak Si Fuziah ni sebenarnya.

Ternyata, pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ni hanya tahu mengambil kesempatan dalam kesempitan. Diorang bukannya nak memperjuangkan rakyat. Yang diorang tau buat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan. Lepas tu menipu. Itu je la yang diorang tau buat pun!!!

Published with Blogger-droid v2.0.1
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping