Petang ni Semut malas tulis panjang - panjang. Korang baca je la artikel dibawah agar dapat pengajaran. Cuma ada dua soalan yang menjadi persoalan.
Pertama, mampukah Hassan Ali membawa perubahan didalam PAS secara keseluruhan atau hanya di Selangor sahaja?
Kedua, apa pulak pandangan pemimpin - pemimpin PAS yang lain? Sampai hari ini, diorang masih diam membisu berkaitan dengan artikel dibawah.
Walau apa pun, Semut harap ada penyelesaian yang baik dapat dicapai. Orang Melayu dah tak larat dah nak bergaduh sesama sendiri.
UMNO dah sedia nak rapatkan hubungan. Tinggal lagi PAS je yang masih sombong tak ingat dunia. Diorang masih jugak ego, sombong dan bongkak dengan perjuangan mereka.
Padahal, apa yang diorang perjuangkan tak menguntungkan Islam pun. Jauh sekali ianya menguntungkan rakyat!!! Yang untungnya, pemimpin diorang je. Dapat bersekongkol dengan DAPigs dan terus jadi barua PKR!!! Itu je yang diorang dapat!!!
KUALA LUMPUR, 7 Dis — Akhbar milik Umno menulis bekas pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang akan menerima pingat “Datuk Paduka” sempena keputeraan Sultan Selangor hujung minggu ini perlu memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.Nama Hasan (gambar), Exco Kerajaan Negeri Selangor, sudah lama muncul sebagai antara orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS ekoran keputusan pilihan raya umum 2008.Bagaimanapun PAS telah menolak kerajaan perpaduan dalam tiga muktamar lalu dengan Hasan, antara orang, menjadi sasaran kritikan.Beliau seringkali didakwa sebagai pro idea kerajaan perpaduan Umno-PAS.“Di Selangor Faktor Dr Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam PAS (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali,” kata Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum mingguannya hari ini.Kata penulis itu, kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan, yang digugurkan sebagai ketua PAS Selangor Jun lalu, untuk melakukan perubahan.Beliau digantikan oleh Dr Abd Rani Osman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru.“Dr Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” katanya dengan memetik titah Sultan Selangor ketika mengadakan kunjungan ke kompleks percetakan Kumpulan Utusan di Bangi, kelmarin.Penulis itu dengan memetik kata-kata Sultan Sharafuddin berkata titah bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah dan bukan juga bermaksud antara Umn dan PAS perlu “berkahwin” sebab bukan hak baginda untuk mencampuri urusan politik, menyifatkan “sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.”Zaini berkata bahawa akan berlaku satu peristiwa yang cukup signifikan minggu depan dengan Hasan bakal menjadi satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran.“Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor. Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan.“Mengapa hanya Dr Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya,” kata penulis akhbar itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.