Ahad, Januari 01, 2012


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kerana hanya lantang bercakap di belakang tetapi tidak berani bersemuka dengan beliau berhubung tuduhan pembelian aset pertahanan negara diselubungi rasuah.

Ahmad Zahid menegaskan, jika Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu benar-benar anak jantan, dia perlu datang berjumpa dengan beliau bersama dengan segala dokumen dan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya.

''Saya ingatkan lagi. Tony, awak jangan kurang ajar. Kalau tidak berpuas hati dengan isu pertahanan negara, jangan hanya menggunakan media untuk menyokong awak sahaja.

''Awak jangan besar kepala dan mencabar di belakang tabir sahaja tetapi tidak berani ke depan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 kepada 148 pelajar di Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak, Selekoh, di sini hari ini.

Sebelum ini, pihak tertentu sering mengkritik pembelian aset pertahanan negara termasuk tuduhan Tony bahawa pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diselubungi rasuah kerana kosnya 870 peratus lebih mahal berbanding negara asing.

Ahmad Zahid juga sekali lagi mencabar Tony menyelam dengan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi membuktikan dakwaan pembangkang yang aset pertahanan negara itu tidak boleh menyelam adalah satu fitnah dan tidak benar.

Sementara itu, Zahid berkata, Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa meminta bayaran antara RM10 ke RM200 daripada penduduk kawasan tanah tinggi Ba'Kelalan yang mahu memasuki sempadan Long Bawan, Kalimantan, Indonesia, jika ia terbukti benar.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan satu siasatan dalam kadar segera berhubung dakwaan itu dan jika ia berasas, tindakan mengikut undang-undang ketenteraan dan sivil akan diambil.

Jelas beliau, ia kerana ATM tidak pernah diberi sebarang kuasa untuk membuat apa jua kutipan bayaran di pintu keluar masuk negara ini.

"Saya juga akan minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan siasatan dan pihak yang teraniaya dengan membuat bayaran sebagaimana yang didakwa hendaklah tampil membuat laporan dan memberi keterangan kepada SPRM.

Sebuah akhbar tempatan dalam laporan muka depannya semalam bertajuk 'Anggota ATM cekik darah' mendakwa kegiatan meminta bayaran itu berlaku sejak sebulan lalu.

Laporan itu memetik kenyataan Ketua Kampung Puneng Kelalan, Ngilo Sigar,60-an yang berkata, bayaran mencecah RM200 akan dikenakan kepada mereka yang membawa barangan memasuki sempadan sama ada ke negara ini mahupun Indonesia.

Katanya, penduduk Indonesia yang ingin memasuki negara ini juga turut dikenakan bayaran dan difahamkan kutipan itu akan masuk poket untuk kegunaan sendiri.

Ps: Dah nak buat macam mana. Diorang ni memang setakat pandai bercakap je Datuk. Diorang bukan reti buat kerja. Apa yang diorang reti hanyalah membuat andaian itu dan ini. Lepas tu tipu rakyat sana sini. Itu je yang diorang tau buat pun!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping