Ahad, Disember 04, 2011


Tidak ada apa lagi yang mampu diperkatakan lagi mengenai Hudud PAS ni sebenarnya. Ianya memang cukup jelas dibuat untuk Kepentingan Politik semata - mata.

Nak kata yang diorang buat demi menegakkan agama? Kalau macam tu, kenapa diorang tak jadikan hukum tersebut sebagai agenda dalam Pakatan Pembangkang? Kenapa pula ianya ditolak oleh puak - puak DAPigs?

Dan PAS pulak tidak menegaskan bahawa mereka tetap berkeras untuk melaksanakan perkara tersebut sekiranya mereka berjaya mentadbir dan menawan Putrajaya kelak. Kalau diorang tetap bertegas, Nah! Jadikan ia sebagai agenda Pakatan.

Menurut kata Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Hukum Hudud yang digubal oleh Kerajaan Negeri Kelantan jelas bertentangan dengan Al - Qur'an dan Hukum Allah.

Bercakap dalam satu forum berkaitan dengan hukum tersebut, Mohd Kamal Saidin menjelaskan terdapat beberapa enakmen didalam Peruntukan Hukum Hudud Kelantan tidak mengikut hadis dan sunnah.

Sebagai contoh, had umur bagi 'Mukkalaf' atau Aqil Baligh yang ditakrif sebagai seseorang yang berusia 18 tahun ke atas sedangkan didalam Islam, Mukkallaf ini adalah pada usia 15 tahun ke atas.

Kata dia lagi, dalam Hukum Hudud PAS, membenarkan suami untuk meliwat isteri mereka sendiri dan ianya jelas ditolak dalam Hukum Islam yang sebenar!!!

Mohd Kamal juga turut menolak hujah PAS yang mengatakan bahawa Hukum Hudud ni hanya untuk orang Islam dan tidak membabitkan mereka yang bukan Islam.

Sedangkan dizaman Rasulullah, hukum tersebut tetap diguna pakai untuk mereka yang bukan Islam. Maka, perkara ini dapat dilihat dengan jelas bahawa PAS telah bertindak dengan tidak adil sedangkan Islam itu adil.

Persoalan mengenai perlaksanaan Hukuman bagi jenayah dibawah hukum Hudud terhadap mereka yang bukan Islam masih GAGAL dijelaskan oleh PAS.

Jadi, apa buktinya yang PAS ni nak perjuangkan Islam dan nak menegakkan syiar Islam ni sebenarnya? Hakikatnya, mereka hanya mempergunakan Islam sebagai alat bagi memenuhi agenda Politik mereka. Itu je tujuan mereka. Bukan ikhlas nak berjuang untuk Islam pun!!!

Published with Blogger-droid v2.0.1
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Hukum Hudud ini adalah mainan wayang dari PAS.
    Dulu asalnya PAS juangkan Negara Islam maka ramailah orang Melayu menyokong PAS.
    Sekarang ini PAS sudah tidak lagi juangkan Negara Islam tetapi Negara Kebajikan. Orang Melayu dah nampak kebajikan yg PAS mampu beri kpd orang Melayu hanyalah dgn merembat duit anak2 yatim dari dana Memali, merampas tanah2 tanaman orang Melayu utk dijual kpd orang Cina, menipu duit ahli2 PAS dlm kes Kohilal, menyokong orang kafir utk mengguna sebutan Allah. Jadi orang Melayu dah mula sedar dan tidak lagi menyokong PAS.
    Oleh itu utk menambat semula hati orang Melayu supaya menyokong PAS dlm PRU13 nanti, maka PAS berpura2lah beria2 nak laksanakan Hukum Hudud.
    Pakatan Haram ini telah berpakat. PAS akan bermati2matian nak laksanakan Hukum Hudud juga. DAP tidak akan berstuju. PAS akan keluar dari Pakatan Haram ini sebelum saja PRU13 utk terus menipu orang Melayu yg PAS sangat beria2 nak laksanakan Hukum Hudud. Bila PAS dah dapat undi dari orang Melayu dan DAP telah dapat undi dpd orang Cina, PAS akan bergabung semula dlm Pakatan Haram utk membentuk Kerajaan Malaysia. Itu pun kalau PAS, DAP dan DAP dapat cukup majoriti utk memerintah.
    Kalau tak percaya, sabarlah dan tunggu aksi2 PAS dan DAP bermain wayang utk memperdaya rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu.
    Melayu mudah lupa ??????
    Nauzubillah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping