Isnin, Disember 05, 2011


Terbalik!!! Dunia sekarang banyak yang dah terbalik belaka semuanya. Ada orang kata dia nak memperjuangkan Islam, tapi takut nak menegakkannya.

Bila diasak, macam - macam alasan yang diberikan oleh mereka. Siap cakap yang perlaksanaan Hukum Hudud ni dihalang oleh orang UMNO.

Padahal, dikalangan mereka sendiri pun turut melakukan perkara yang sama. Kalau tidak, kenapa pulak Si Ketua Penipu tu tolak cadangan PAS sebelum ini?

Kata Si Ketua Penipu tu, Hukum Hudud bukan dalam agenda Pakatan Pembangkang. Tapi dia dok asyik menyalahkan Tun Dr. Mahathir dan mendakwa bahawa Tun yang tolak.

Habis, sekarang ni, berani tak dia nak bagi jaminan kepada rakyat dan umat Islam terutamanya agar perlaksanaan Hukum ini dapat dipenuhi?

Semut dah banyak kali dah pesan kat diorang ni. Bila bercakap tu guna la Kepala Otak. Jangan Pakai Kepala Lutut!!! 

Kan dah tak pasal - pasal je Chua Soi Lek ni cabar PAS. Tak Malu ke diorang yang kononnya kata diri diorang sebagai penegak agama Islam? Kalau berani, sahut la cabaran Si Chua Soi Lek ni. Jangan setakat cakap je pandai, tapi bila suruh buat diorang tak reti pulak!!!
PAS perlu memasukkan undang-undang Hudud dalam manisfesto pilihan rayanya dan menjadikannya satu agenda bersama bagi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, lengkap dengan butiran mengenainya, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Saya suka mencadangkan, atas soal ketelusan, supaya PAS memasukkan undang-undang Hudud dan pelaksanaannya, dalam manifesto pilihan raya mereka.
NONE"Memandangkan mereka sentiasa kata mereka tidak pernah merujuk rakan dalam Pakatan, jadi saya cadangkan dalam forum ini supaya ia dijadikan agenda bersama pembangkang," katanya dalam forum bertajuk "Hudud: Implikasi ke Atas Orang Bukan Islam di Malaysia anjuran Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP), di Kuala Lumpur.

Walaupun PAS meyakinkan orang ramai bahawa undang-undang Hudud tidak akan menjejaskan masyarakat bukan Islam tetapi sebagai rakyat Malaysia, Dr Chua berkata ia akan memberi kesan kepada semua orang sama ada Islam atau bukan Islam.

Dr Chua berkata dalam usaha memahami Hudud dengan lebih mendalam, forum anjuran INSAP ini boleh memberi pengetahuan berguna kepada bukan Islam mengenai undang-undang itu.

Antara anggota panel dalam forum itu ialah Presiden International Movement For a Just World (JUST) Prof Dr Chandra Muzaffar dan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin. - Bernama
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. hahahah AMEKAwkaw.... MALU LA WOIII CINA PULAK CABAR KORANG HAMPASSSSSSS LA NIEEEE JAP aku nak guling atas simen sambil gelak hahahahahahahhahaha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping