"Bos Tak Jadi Ke Mahkamah, Selamat La Aku Hari Ni. Hehehe..." |
Tapi, sehingga jam 12, masih tidak ada lagi pihak yng membuat laporan. Yang ada hanya laman The Unspinner menyatakan Sel13 akan buat liputan.
Pun, sehingga ke saat artikel ini Semut tulis, masih belum ada sebarang 'update' dari pihak Sel13. Memang ada notifikasi, tapi tiada update terkini.
Apa sebabnya? Adakah kes tersebut diteruskan? Atau adakah ianya telah ditangguhkan lagi oleh The Godfather Karpal Whilchar?
Sekali Semut terbaca pulak artikel dibawah ni. Mungkin inilah penyelesaian kepada kebuntuan Semut ditengahari ni. Meh baca dulu.
Dikhabarkan oleh seorang teman AMK, Ketua AMK – Sam Iskandar @ Ayam sedang pening kepala. Arahan dari Bukit Segambut secara jelas menginginkan agar jentera AMK mengumpulkan gerombolan anak muda untuk menemani Ketua Umum di mahkamah Isnin/Selasa nanti. Jangan tidak. Perlu tunjuk kekuatan rakyat. Jangan nak tinggalkan Ketua Umum secara sendirian. Jangan lupa, kes LIWAT Anwar akan bersambung minggu depan.Arahan telah disampaikan oleh YB Azmin Ali. Pakai sms sahaja. Tak payah call pun. 10,000. Tak boleh kurang.Sam katanya puas menelefon ramai taikun-taikun Cina Selangor yang sudah mendapat projek di negeri itu. List sudah disediakan Faekah. Memanglah sulit. Tapi, Faekah tahu dia boleh guna Sam dalam banyak hal kemudian nanti. Dalam politik PKR, terhutang budi akan membawa makna tergadai ‘body’. Mudah sahaja sifirnya. Ada yang dah janji duit. Tapi belum bank-in ke akaun Sam. Ini yang buat Sam resah.Walaupun Sam ada juga mengeluh, malahan mengatakan ianya sepatut menjadi tugas Setiausaha Agung. Bukan AMK. Tapi dia pun tak berani nak merungut lebih. Senarai akhir calon akan sampai ke tangan Setiausaha Agung. Melawan? Melingkup lagi nampaknya Sam dalam PRU akan datang.Bayangkan, Yusmadi yang sebelum ini menjadi tukang angkat beg Sam pun boleh menang; tapi dia kalah. Pelik? Ini semua kerja orang dalam. Sam masih tak perasan. Bajet pilihanraya yang berjumlah RM300k tak pernah sampai ke tangan Sam. Mana perginya? Sam tahu game dan permainan ini. Tapi senyap.Sam berharap sangat kali ini dia akan bertanding di DUN dan Parlimen. Negeri? Melaka. Kalau tak dapat Ahli Parlimen pun…Sam simpan angan-angan untuk jadi Ketua Menteri Melaka. Ada angan-angan. Jangan main.Soalnya, semua akan bergantung kepada ‘performance’ Sam minggu depan. Kalau setakat 150 orang…Sam jawabnya akan kekal jadi Ketua AMK sahajalah…itupun kalau perwakilan AMK masih bengap dan tolol.
Mungkin sebab Si Sam Ketot ni GAGAL kumpul askar AMK seramai 10ribu tu yang membuatkan sesi penggulungan hari ni dibatalkan kot.
Kalau betul, memang sah la Si Sam Ketot ni tak boleh diharap. Nama je jadi Ketua, tapi buat kerja tak reti. Tapi memang itu pun kerja diorang. Bukan tau buat kerja. Asyik menipu je kerjanya!!!
Ps: - Sumber klik sini.
Ps: - Sumber klik sini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.