Isnin, Disember 26, 2011


Kalau sebelum ni, punya la riak Si Pemalas sekor ni dengan kejayaan dia memburuk - burukkan Felda. Habis satu Malaysia dia dabik dada dengan bangga.

Kononnya, bagi dia kemenangan yang diperolehi telah membuktikan bahawa Felda ni sama je dengan agensi lain yang sering mengabaikan rakyat.

Tapi, lepas dia menang, dia pulak yang abaikan mereka. Dia pulak yang terkantoi mengambil kesempatan diatas kesempitan warga Peneroka.

Isu berkaitan dengan kemenangan kes peneroka yang menyaman Felda di Kemahang 3 rupanya masih belum reda. Masih banyak lagi benda yang tak selesai.

Jelas, Si Mazlan Aliman ni hanya diibaratkan sebagai kerakap diatas batu, hidup segan mati tak mahu. Dia hanya umpama parasit sahaja sebenarnya.

Maka sebab itulah ahli PAS dari kawasan Felda tersebut pun angkat kaki sebab mereka menyedari hakikat Si Mazlan Aliman tu cakap je lebih, tapi buat kerja tak reti!!!
TANAH MERAH 25 Dis. - Timbalan Ketua Pas cawangan Felda Kemahang 3 di sini, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu.
Katanya, sebahagian besar daripada 304 peneroka di tanah rancangan itu yang menyertai Pas sebelum ini juga akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi ahli UMNO dalam tempoh terdekat.
''Langkah itu diambil kerana mereka berasa dianiaya pemimpin Pas yang tidak turun padang untuk bersama-sama mereka menghadapi pelbagai masalah dan kemelut melanda peneroka di kawasan tersebut,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di sini, semalam.
Menurutnya, dulu dia pernah menjadi ahli UMNO tetapi berjaya dipengaruhi parti pembangkang itu yang memberi pelbagai janji manis.
Namun, katanya, selepas tiga penggal dan melihat sendiri kegagalan Pas, dia dan ahli lain hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti tersebut.
''Keputusan saya keluar Pas kerana yakin UMNO berpegang pada janji untuk menunaikan tanggungjawab apabila sering datang menjenguk dan bertanya khabar peneroka di sini biarpun pada pilihan raya lalu mereka kalah," katanya.
Sehubungan itu, katanya, dia dan ahli Pas lain berazam akan bersama-sama UMNO pada masa akan datang kerana mendakwa hanya parti itu yang benar-benar dilihat mampu memperjuangkan nasib orang Melayu terutama dalam kalangan peneroka seperti mereka.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. si mazlan sekor ni patut dinyah sahaja dari tanah rancangan, jgn bagi dia pijak pun mana2 tanah rancangan di malaysia ni. pembawa sial. peneroka2 patut belasah jer orang ini sampai kojol. dasar perosak bangsa, dan agama.

    BalasPadam
  2. Tanpa nama berkata.....


    sekarang ni peneroka yang bodoh tanah dah nak kena jual pun masih percaya cakap umno,tapi biarkan yang susah peneroka juga padan muka....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping