Jumaat, Disember 16, 2011


Wah!!! Bukan main lagi berkokoknya Si Mahfuz Bean...ngai ni ye. Sejak jadi Naib Presiden, bukan main berlagak lagi dia. Punya suka dia kalau Dr. Hassan Ali bertindak keluar parti.

Dia jelas bukan nak 'back-up' Dr. Hassan Ali. Tapi sebaliknya dia pertikaikan pulak. Konon kata dia, Dr. Hassan Ali nak mintak simpati.

Nampak sangat yang memang ada agenda lain dalam parti PAS ni yang cuba menghakiskan peranan Ulama didalam parti tersebut.

Benda ni dah memang nampak semakin jelas. Jadi tak payah la PAS nak susah - susah menafikannya. Bangkai dah berbau. Bukan setakat boleh hidu je, dah nampak depan matai. Tak nak mengaku menda kejadahnya lagi ni!!!
KUALA LUMPUR - Pas tidak  menghalang sekiranya Exco Hal Ehwal Islam, Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk menyertai mana-mana parti politik di negara ini.


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, itu adalah kemahuan  individu terbabit, malah beliau berhak untuk meninggalkan Pas dan menyertai parti lain.



Menurutnya, tiada sebarang halangan yang timbul, kerana Pas mengamalkan prinsip demokrasi dan apa yang diperkatakan oleh Hasan sebelum ini lebih bersifat peribadi.



"Pas bersikap terbuka, dan tidak mempunyai halangan untuk Hasan, sekiranya ingin meninggalkan parti ini, malah sebelum ini beberapa pemimpin dan ahli Pas telah berbuat demikian, kami (Pas) masih teguh untuk meneruskan perjuangan.



"Pas tidak akan memberontak atau meraih simpati jika ia berlaku, Hasan juga berhak untuk memberikan sebarang pandangan, sudah tentu beliau mempunyai pendapat sendiri, dan saya yakin apa yang diperkatakan oleh beliau bersifat peribadi, Pas mengamalkan demokrasi malah tidak menghalang sesiapa bersuara," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Pas.



Terdahulu Hasan menegaskan bahawa beliau akan terus bersama dengan mana-mana organisasi atau parti yang memperjuangkan tiga prinsip iaitu agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-raja.



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu menyatakan, beliau tidak menolak kemungkinan akan menyertai mana-mana parti yang memperjuang tiga prinsip itu termasuk Umno.



Mahfuz berkata, apa yang berlaku adalah senario biasa dalam arena politik, terutama membabitkan isu keluar dan masuk parti.



Beliau berkata, jika dilihat ia turut berlaku di dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi parti itu masih meneruskan perjuangan, begitu juga Pas.



"Pas sebelum ini digambarkan sebagai parti yang bermasalah kerana ramai yang keluar parti sejak dahulu lagi, tetapi hakikatnya kami terus kukuh dan meneruskan agenda perjuangan," katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping