Khamis, Disember 15, 2011


Nampak gayanya PAS sekarang ni hanya mampu hidup dalam keadaan 'denial' atau penafian. Apa sahaja yang dibuat akan ditujukan semula kepada UMNO.

Diorang dah tak mampu nak tutup pekung didada sendiri. Jadi, cara paling selamat ialah dengan cara menuding jari ke arah orang lain.

Apa, dia ingat dengan cara tu, dia dapat sembunyikan bangkai gajah yang dah kian membusuk tu ke? Tak payah!!! Tutup la dengan daun pisang pun, bau dia tetap ada.

Sebagai contoh, isu yang berkaitan dengan Datuk Dr. Hassan Ali dan juga Nasharudin Mat Isa ni. Yang buat kenyataan bukan UMNO.

Yang keluarkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor. Agen Anwarinas dalam PAS sendiri yang keluarkan kenyataan. Tapi kenapa nak salahkan UMNO juga?

Sepatutnya, PAS Pusat perlu ambik tindakan terhadap Ketua Penerangan PAS Selangor tu. Dia perlu dipanggil dan memberikan penjelasan mengenai kenyataan dia sendiri.

Dia perlu dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dia buat. Tapi kenapa disalahkan UMNO? Tak masuk akal lansung!!!

Dah jelas yang PAS ni semakin hari, semakin hilang integritinya dalam soal nak memperjuangkan Islam. Inikan pulak nak cerita pasal menjaga Kebajikan Rakyat. Sampaikan pemimpin sendiri pun diorang sanggup tikam. Lepas tu tak nak mengaku pulak!!!
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.


Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti, laporHarakahdaily.



"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.



"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini.



Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.



Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Kalau dah tak memberi kesan pd PAS buat apa nak bising-bising tuduh UMNO pulak,apakah ini demokrasi PAS..jika ada YB mereka yg dah tak sebulu dan mengeluarkan kenyataan..???!!!

    BalasPadam
  2. bengong macam ni pun ader ker????...ooii tapa ko buat ujian laa DNA tu TAIK sapa? UMNO ker PAS

    BalasPadam
  3. PAS..pemimpin dan penganut, suma tak takut tuhan. Apa tak nya, mereka sanggup cakap apa saja, bohong, fitnah, putar belit, putar ayat quran & hadith, tuduh orang lain, kapir kan orang islam lain, demi untuk mendapat kuasa dunia yang sikit ini. Sanggup melacurkan perjuangan islam demi untuk membahagia rakang kapir dan rakan munafiq. Memang hebat orang PAS....mereka tak takut Allah, malah berlagak seperti orang tidak ada agama. Taubat lah orang2 PAS sebelum terlambat. Dah masuk kubur tak guna nak menyesal. Pemimpin PAS, mereka lah paling hebat mengatasi undang2 Allah. Taubat...taubat...taubat lah.

    BalasPadam
  4. Elok sangat lah tu kalau hasan ali dan nasarudin mat isa nak belah keluar daripada Pas. Pas tu bukannya Parti Islam Semalaysia lagi melainkan Parti Ajaran Sesat pimpinan Nabi Nik Aziz saw (nabi yang baru ditabal).

    Nampak gaya nasrudin tantawi pun dah terang2 sokong hasan ali dan nasarudin mat isa kerana ketua pemuda pas tu pun nampak perpaduan melayu menjamin kemenagan kepada islam.

    Belah saja lah ustaz din, nak tunggu apa lagi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping