Ish!!! Semut ingatkan cerita pasal Si Mat Syabun Komunis Penipu ni dah lama selesai. Rupanya tak habis lagi dendam Bekas Tentera terhadap dia.
Tapi kita tak boleh jugak nak salahkan dia sebenarnya. Dia nak buat macam mana, bukan ada otak pun bila dia bagi ceramah. Cakap pun main ikut sedap mulut je.
Maklum la, otak dia kan letak kat Kepala Lutut. Itu pasal la dia suka buat benda yang bukan - bukan. Bila kena halau macam ni, Baru Padan Muka Dia!!! Baru dia tau, langit tu tinggi ke rendah!!!
MUAR 8 Dis. - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Muar dan cawangan Sungai Balang hari ini membuat laporan polis membantah program ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Sungai Balang di sini pada hujung minggu ini.
Persatuan itu melahirkan rasa kurang senang terhadap kehadiran pemimpin Pas itu di negeri Johor berikutan kontroversi kenyataannya yang mengangkat pejuang komunis dalam peristiwa Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 dan bukannya anggota keselamatan yang terkorban.
Menurut Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais, pihaknya membantah sekeras-kerasnya program ceramah Mohamad Sabu di Sungai Balang pada Ahad ini kerana pemimpin Pas itu pernah menghina segala bakti dan pengorbanan yang dilakukan pasukan keselamatan negara.
"Kami tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Kami menganggap beliau tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara," katanya.
Selain membuat laporan polis terhadap program ceramah tersebut, PBTM turut menyampaikan memorandum bantahan program itu kepada Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli.
Turut membuat laporan polis adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Bakri serta Gerakan Belia 4B Parlimen Bakri.
Ps: Teringat pulak Semut cerita Si Nurul Izzah tu kena halau masa nak bagi ceramah di Sarawak hari tu. Siap orang kampung tunggu dengan kayu lagi.
Kalau dia masuk jugak malam tu, sah bukan setakat kena halau dah rasanya. Itulah akibatnya kalau suka sangat menipu orang. Sapa - sapa pun tak suka. Takkan itu pun diorang tak tau jugak kot!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.