Pergh!!! Tak sangka sungguh Semut dengan perangai Timbalan Presiden PAS ni. Rupanya dia ada hati jugak nak jaga Si Wali Terompah ni ye.
Kiranya dia sayang jugak la dengan Menteri Besar Kelantan ni. Mana dia tak sayang kalau Si Wali Terompah ni dah bagi dia projek billboard berjuta - juta di Kelantan ye tak.
Jadi sebab itu la dia keluarkan kenyataan seperti dibawah ni bagi menjaga bontot Si Wali Terompah tu dari terus diasak oleh orang UMNO.
PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan Umno tidak berhak untuk mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan.“Umno tiada hak mendesak kecuali jika Nik Aziz melakukan kesalahan besar seperti pemimpin Umno.”Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil Umno Kelantan Mohd Afandi Yusoff yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan atas dasar usia beliau yang telah lanjut.Desakan tersebut dibuat Afandi ketika sesi debat perhimpunan agung Umno ke-62 pada hari ini.Faktor kesihatanNik Aziz yang juga ialah Mursyidul Am PAS sekarang berumur 80 tahun. Beliau memimpin negeri Serambi Mekah sejak 22 tahun lalu.
Gesaan agar Nik Aziz melepaskan jawatan bukanlah perkara baru dan telah dibuat acap kali.
“Nik Aziz tak melakukan kesalahan rasuah,” tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.Mat Sabu menjelaskan keputusan sama ada untuk kekal berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan bergantung sepenuhnya dengan Nik Aziz sekiranya beliau tidak sihat.
Kalau dah tau usia tu dah lanjut, berenti je la. Yang dia sibuk - sibuk lagi nak pegang jawatan tu buat apa? Bukan boleh bawak pegi kubur pun.
Cuba la sedar diri sikit. Orang lain semua sanggup lepaskan jawatan demi memastikan Kepentingan rakyat terbela. Yang dia, bela rakyat menda kejadahnya.
20 tahun memerintah di Kelantan, macam - macam masalah tak selesai. Dari isu bekalan airnya, dengan isu Masjidnya, dengan masalah HIV. Semua tu masih jugak tak selesai.
Tak ketinggalan jugak dengan isu pengangguran yang semakin hari semakin meningkat di Negeri Kelantan sekarang ni. Adakah itu dikira sebagai pencapaian terbaik dia?
Kalau setakat tak ambik rasuah je tapi biarkan rakyat merempat dan merana, buat apa? Nampak sangat yang dia GAGAL dalam menjaga Kebajikan rakyat.
Tindakan dia yang enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar pun sebenarnya memburukkan lagi imej PAS.
Ia membayangkan bahawa PAS sekarang ni ketandusan dari segi kepimpinan diperingkat Negeri. Dan ia juga turut memberikan isyarat bahawa Si Wali Terompah tu tak percaya pada orang lain. Jadi sebab itu la dia tak nak lepaskan jawatan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.