Selasa, Disember 13, 2011

MUAR 12 Dis. - Kemarahan bekas pasukan keselamatan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu masih belum reda apabila Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Balang menyerahkan memorandum bantahan terhadap pemimpin Pas itu semasa ceramahnya di Parit Bugis di sini malam tadi.
Memorandum berkenaan diserahkan oleh Ketua PBTM cawangan itu, Mejar (B) Othman Ma'an dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Bakri, Mohd. Radzi Amin kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu pada pukul 9.45 malam sebelum pemimpin Pas itu menyampaikan ceramahnya.
Sebelum itu, seramai kira-kira 20 ahli PBTM bersama Gerakan Belia 4B berarak sejauh kira-kira 50 meter dengan membawa sepanduk menyatakan kekesalan mereka terhadap kenyataan Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan negara pada peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950.
Othman berkata, pihaknya menyerahkan memorandum berkenaan untuk berhadapan dengan pemimpin Pas itu sendiri bagi menyatakan rasa marah dan kesal mereka terhadap kenyataan beliau itu.
"Kenyataan yang dibuat Mat Sabu telah mengguris perasan kami khususnya golongan veteran tentera dan anggota keselamatan yang berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis demi mempertahankan tanah air yang kami cintai.
"Kami bukan minta disanjung tetapi dengan pengorbanan itulah hasilnya sekarang negara mencapai kemerdekaan dan rakyat boleh hidup aman dan damai termasuk juga Mat Sabu," katanya di sini.
Ps: Agak - agak korang la kan. Berani ke tidak puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak serbu ke ceramah orang macam yang dibuat PBTM dan Belia 4B ni?

Takkan Berani de dek diorang tu. Diorang setakat cakap pandai la. Tapi nak masuk tempat orang dan serahkan memorandum, semuanya takut belaka.

Tengok gambar Chegubard tu pun dah boleh tau dah. Kecut telur. Sebab itu dia berdiri pun pegang benda tu je.

Itulah. Lain kali, jangan suka sangat nak kutuk orang tak tentu pasal ni. Nanti malu diri sendiri. Takut nanti malu dapat, sakit pun dapat, Baru Padan Muka!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping