Sejak akhir - akhir ni, kurang kita baca pasal Mazlan Aliman yang Pemalas tu. Agaknya sebab dia terlampau malas, maka sebab tu dia senyap je.
Tak pun sebab dia dah 'kenyang' makan duit hasil titik peluh orang lain. Jadi, dia duduk diam - diam sambil menikmati 'hasil' yang dia perolehi.
Tiba - tiba, dia kembali mempertikaikan pasal perlantikan Tan Sri Isa Samad dalam Felda. Kenapa tiba - tiba je dia kembali menyerang TS Isa? Duit dia dah habis ke?
Jelas, Si Mazlan Pemalas ni dah ketandusan idea sebab lagi banyak dia pertikaikan pasal Felda, lagi banyak yang Peneroka dapat sedangkan dia tak dapat apa - apa.
Tapi, sapa suruh dia jadi Pemalas!!! Kan dah ternganga bila orang lain dapat keuntungan. Sekarang, Padan Muka Dia!!!
KUALA LUMPUR, 28 Dis — Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, hari ini mengemukakan satu lagi aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB).Mazlan (gambar)berkata, aduan itu dibuat kerana pertubuhan berkenaan tidak berpuas hati dengan penjelasan SKM sebelum ini, berhubung pelantikan tersebut.“Kita minta satu pendirian daripada SKM sama ada Isa benar-benar ahli koperasi Felda,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas menghantar aduan berkenaan di pejabat SKM, di sini.Menurut Mazlan, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat, penjelasan SKM didakwa bercanggah dengan surat Perdana Menteri bertarikh 15 Ogos yang menyatakan bahawa Isa merupakan Pengerusi KPFB.“Jawapan yang diberikan SKM dalam satu surat bertarikh 10 November lalu menunjukkan Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPFB.“Malah, surat SKM itu juga tidak menyebut mengenai status keahlian bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu sebagai ahli KPF,” kata Mazlan lagi.“Hal ini jelas menunjukkan percanggahan. Mana satu yang betul, Perdana Menteri atau SKM?” soalnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.