Korang dah tengok video yang Semut letak kat atas blog Semut ni? Kalau belum tengok, boleh la tengok dulu sebelum korang baca cerita yang seterusnya.
Ok. Semua dah tengokkan? Korang tak pelik ke kenapa diawal ucapan penggulungan, Si Azmin Ali ni dah kondem Nurul Izzah sedangkan Nurul Izzah tu anak Si Ketua Penipu tu?
Adakah korang ingat dia tak sengaja nak buat komen tersebut secara terbuka dihadapan puak - puak penyokong PKR? Jawapannya tidak.
Dia memang buat benda tu dengan niat untuk memburuk - burukkan Si Nurul Izzah dihadapan semua ahli PKR yang hadir ketika Kongres PKR Nasional di Pulai baru - baru ni.
Hakikatnya, dia jadi Timbalan Presiden adalah disebabkan pilihan Si Ketua Penipu tu sendiri dan ianya ditentang hebat oleh Presiden PKR, Kak Wan Omega.
Spekulasi yang Semut dengar, Azmin Ali ni memang cukup dibenci oleh Kak Wan dan juga Nurul Izzah. Apa sebabnya, korang sendiri la fikir.
Isu ini mula - mula timbul sebelum pemilihan parti tersebut tahun lepas. Ketika itu, Kak Wan berusaha keras untuk menghalang Azmin menjadi Timbalannya.
Usaha tersebut dilakukan oleh Kak Wan secara rahsia tanpa pengetahuan Si Ketua Penipu tu sendiri. Demi mencapai tujuan tersebut, Kak Wan mula cari calon dia sendiri.
Ada cadangan yang diketengahkan oleh bekas Setiausaha Agung PKR agar menjadikan Nurul Izzah sebagai Timbalan. Namun cadangan tersebut ditolak oleh Kak Wan Omega.
Sebabnya, kata Kak Wan, ia akan memudahkan pihak Barisan Nasional untuk menyerang mereka. Dah la Ketua Umum suami dia sendiri. Takkan Timbalan nak ambik anak dia?
Calon yang pertama dipilih ialah Si Sam Ketot tu. Bila nama Si Sam ni naik, Si Ketua Penipu tu mula jadi tak tentu arah sebab Sam terpaksa melepaskan jawatan Ketua AMK.
Kalau jawatan Ketua AMK ni dilepaskan, dah tentu Chegubard akan jadi ganti. Si Ketua Penipu tu pulak memang benci sangat dengan Chegubard ni.
Maka diorang pun buat la perancangan agar Si Sam Ketot ni tak lepaskan jawatan sebagai Ketua AMK dengan janji - janji kosong macam biasa yangdiorang buat.
Dah perancangan Kak Wan terbantut sebab tak de calon lain. Nak tak nak, terpaksa la diorang ambik Si Zaid Ibrahim tu menjadi kambing hitam.
Disebabkan perancangan sulit inilah, SiAzmin Ali tu masih menyimpan dendam terhadap Kak Wan Omega. Nak serang Kak Wan secara lansung, tak boleh. Jadi, dia serang la Nurul Izzah.
Banyak lagi spekulasi yang berkaitan dengan Si Azmin Ali ni sebenarnya. Tapi kita cerita la sikit - sikit. Yang penting, semua orang kena tahu.
Si Azmin ni memang Gila Kuasa sebenarnya. Dia memang seorang manusia yang tak sedarkan diri!!! Dia lebih pentingkan diri dia dari orang lain!!! Nak perjuangkan rakyat konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.