Sabtu, Disember 03, 2011


Kalau diikutkan, benda ini bukan benda baru. PAS ni memang dari dulu suka mengingkari dan mempertikaikan perintah Sultan serta diibaratkan sebagai menderhaka kepada Sultan.

Kalau di Perak, Si Nizar Lilin tu sampai sanggup menyembah derhaka semata - mata nak dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Di Selangor ni usah cakap la. Si Khalid Gereja tu sampai siap buat demonstrasi lagi membantah keputusan yang dibuat Tuanku Sultan berkenaan lantikan SU Kerajaan.

Tambah menarik bila dia mempertikaikan mengenai isu 'Pemeriksaan' JAIS ke atas Gereja DUMC yang didakwa banyak memurtadkan umat Islam.

Lepas tu pulak, Si Aziz Bari juga turut mempersoalkan isu berkaitan MAIS dan Lembaga Zakat Selangor kerana ianya tidak diaudit sehingga membuatkan Tuanku murka.

Sekarang giliran Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd Rani Osman pulak tampil mempertikaikan SOP Lembaga Zakat Selangor.

Kalau dia pertikaikan mengenai bagaimana wang zakat tersebut diagihkan kepada rakyat tak pe la jugak. Yang dia pertikai ialah sebab LZS tak jemput dia dalam program mereka.
“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Masa ketika kerajaan Barisan Nasional pun tidak pernah ada arahan sedemikian. Saya difahamkan pendirian ini diambil pada mesyuarat Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini.
“Pada pandangan saya selaku Pesuruhjaya PAS, langkah ini jika benar, saya cuba mendapatkan maklumat tepat, kerana ada yang mengatakan sudah dikeluarkan arahan bertulis, sebenarnya bertujuan mahu mengelakkan kehadiran wakil rakyat dari Pakatan Rakyat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Kerajaan negeri dipimpin oleh Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.
Dr Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Meru berkata, sepatutnya wakil rakyat dan ahli-ahli politik tidak kira parti sewajarnya dijemput hadir sama mengambil bahagian dalam mana-mana majlis-majlis anjuran LZS.
“Ini kerana majlis LZS membabitkan pengagihan sumbangan zakat, di mana nama-nama penerima juga melalui pemimpin tempatan dan wakil rakyat. Jadi, penerima juga berpeluang bertemu dengan wakil rakyat mereka apabila sumbangan diberikan,” kata beliau dengan merujuk kepada kejadian melibatkan program di Masjid As Syarif yang perasmi ialah pengetua Sekolah Menengah Meru.
“Mungkin mereka tidak mahu keuntungan politik pergi kepada Pakatan Rakyat,” kata Dr Rani sambil menambah ini perkembangan baru membabitkan kedudukan ahli-ahli khususnya dari Pakatan Rakyat.
Maknanya, diorang buat kerja selama ini tak ikhlas demi rakyat. Tetapi sebaliknya diorang buat hanya untuk mendapat nama semata - mata.

Bukan bantuan atau rakyat tu yang dipentingkan oleh mereka. Yang penting bagi mereka ialah keuntungan dari segi Politik sahaja.

Adakah itu yang dimaksudkan dengan perjuangan Jihad Fisabilillah yang dimaksudkan oleh PAS selama hari ini? Kalau macam tu, Jihad menda kejadahnya. Ini Jihad Kepala Tengkorak Dia!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. mestilah dia marah. di meru tu banyak penyokong dia tu. penyokong tegar! hehehe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping