Sabtu, Disember 03, 2011

Perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahya menyindir timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwanya "mendapat rahmat" daripada kerajaan.

Shabudin yang juga ADUN Permatang Berangan, berkata Mohamad mendapat faedah apabila kerajaan membuat jalan masuk ke kawasan perumahan yang kebetulan terdapat rumah Mohamad di kawasan DUN tersebut.

"Keliling rumah dia, penyokong kita, kerana orang kita, dia dapat rahmah. Tapi dia pi tempat orang dia kata macam-macam," kata Shabudin ketika membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Menurut Shabudin lagi, beliau pernah bertanyakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, untuk mendapatkan pengesahan pendapatan yang diperolehi Mohamad mencecah RM20,000.

Bagaimanapun, tiada jawapan yang diberikan berhubung pertanyaannya itu," tambahnya.

Sementara itu, Perwakilan Umno Terengganu Komaruldin Omar pula mempersoalkan kepada ahli PAS sama ada Mohamad Sabu "lebih mulia" daripada Nasaruddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang disifatkannya sebagai tokoh ulama sewaktu bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

"Apakah tokoh agama dalam PAS, lebih rendahnya martabatnya daripada orang seperti Mat Sabu apabila dipilih menjadi timbalan presiden PAS.

"Kalau berlaku apa-apa kepada PAS, Mat Sabu lah yang akan menjadi presiden dan apa yang dia nak bawa," sindir Komarul.
Ps: Itu baru disentuh mengenai isu berkaitan dengan jalan yang menghala ke rumah Si Mat Syabun Komunis Penipu dan juga gaji dia sebanyak RM20,000 je.

Belum ditanya mengenai soal kenapa Si Mat Syabun ni ditanggung perbelanjaan bagi pembedahan lutut akibat terjatuh motor tempoh hari.

Perbelanjaan tersebut telah dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sebanyak RM8,000 dan dibayar melalui cek.

Padahal, Si Mat Syabun tu bukan seorang pemimpin pun di Pulau Pinang. Jauh sekali dia nak kata dia seorang pekerja atau kakitangan PBAPP.

Sampai hari ni, Si Biawak Guan Eng tu masih GAGAL untuk menjelaskan perkara tersebut. Apa kelayakkan Si Mat Syabun tu sampai mendapat keistimewaan seumpama itu?

Memang sah la puak - puak Pakatan Pembangkang ni suka mempergunakan kedudukan mereka demi Kepentingan Peribadi semata - mata. Nak membela rakyat konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping