Dari nak saman, dia suruh blogger Sekupang Dua mintak maaf? Wakakaka... Memang lawak Gila Setiausaha DAPigs Perak ni.
Dia jelas telah memalukan diri dia sendiri. Daripada dia mintak blogger tu mintak maaf, baik dia berbogel terus ditengah - tengah jalan. Lagi senang.
Bukan apa. Alang - alang nak malukan diri sendiri, biar la Berani. Biar semua orang nampak. Ini tidak. Cakap besar Si Nga Cock Ming ni. Tapi bila suruh ambik tindakan, tak berani pulak.
Dasar orang lidah bercabang memang macam ni la. Biar cakap tu nampak bongkak. Tapi hakikatnya, Pengecut tu la!!! Kalau dah tak reti buat kerja tu, tak payah la nak berlagak!!!
Jika sebelum ini Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming bertegas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis blog Sekupangduas berhubung dakwaan salah guna kuasa, hari ini Ahli Parlimen Taiping itu menukar nadanya apabila meminta penulis itu memohon maaf.
Kor Ming dalam satu sidang akhbar malam tadi berkata, beliau memberi tempoh 48 jam kepada penulis blog tersebut, Ahmad Sofian Yahya, 47, supaya berbuat demikian atau berdepan tindakan mahkamah.
"Sepucuk surat telah dikeluarkan petang semalam menuntut Sekupangduas memohon maaf kepada saya dalam tempoh 48 jam atau bakal berhadapan tindakan di mahkamah," katanya.
Isnin lalu, Kor Ming dalam satu kenyataan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Sofian, 10 hari selepas penulis blog itu mendedahkan salah guna kuasa dalam pemberian tender melibatkan isteri pemimpin DAP itu ketika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.
Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Dokumen itu mendedahkan Ethan dan Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.
Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi itu pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 sebelum diberikan kepada Ethan dan Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.
Ps: Persoalan yang paling utama, bila DAPigs nak ambik tindakan terhadap Si Nga Cock Ming ni? Takkan dia nak biarkan je.
Kalau sebelum ni, beria - ia pulak diorang buang keahlian bekas Pegawai Si Ronnie Liu tu bila dia dikaitkan dengan kontrak Kerajaan Negeri.
Dah jelas puak - puak DAPigs ni memang suka bermuka - muka dan berat sebelah. Bila kena dikalangan pemimpin tertentu, tak nak pulak diorang ambik tindakan. Adil dan Telus Kepala Tengkorak Dia kalau macam tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.