Jika diperhatikan dengan betul, memang itu lah yang Si Ketua Penipu tu buat terhadap rakyat sebenarnya. Dia 'heret' rakyat demi kepentingan diri dia.
Dia 'seret' rakyat ke jalanan untuk perjuangkan Keadilan bagi diri dia sahaja. Bukan untuk rakyat secara keseluruhannya.
Ada dia tuntut Keadilan buat orang lain yang sedang menghadapi tuduhan yang sama dengan dia? Tak de. Ada dia nak menegakkan Keadilan bagi diri dia sendiri? Jauh sekali.
Dia jelas telah diberi banyak peluang untuk membela diri sendiri. Tapi dia sendiri yang mensia - siakannya. Sekarang dia nak menyusahkan rakyat pulak?
Bagi sesiapa yang turun menyertai kempen dia pada 9 Januari tu nanti hanya membuktikan satu perkara. Mereka jelas menyokong seorang Peliwat yang takut dengan Kebenaran!!! Itu sahaja.
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya menghormati sistem perundangan negara dan tidak 'mengheret' rakyat untuk terlibat dalam kes-kes berkaitan peribadi beliau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkaitan perundangan dan kehakiman tidak seharusnya menjadi bahan politik atau polemik.
''Biarlah mahkamah yang menentukan keputusan. Kita tak harus bawa rakyat untuk terlibat dalam kes-kes mahkamah. Ahli-ahli politik yang menjadi ahli Parlimen, sama ada anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara adalah pembuat dasar dari segi perundangan.
''Jadi undang-undang itu harus dihormati sebelum kita meminta orang lain menghormati undang-undang. Saya tidak fikir undang-undang itu harus dibawa ke tepi jalan atau demokrasi dijadikan demonstrasi,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Dataran Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahmah, di sini hari ini.
Ahmad Zahid sebelum itu mengulas rancangan Anwar untuk menggerakkan pengikutnya bagi menjayakan Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara pada 9 Januari depan.
Jelas beliau, mengheret rakyat dan berdemonstrasi untuk kepentingan peribadi seperti yang dilakukan Anwar tidak bersesuaian dengan suasana politik di negara ini.
''Kalau rakyat jadi hakim, ia seharusnya ketika pilihan raya umum nanti dan bukan semasa sesuatu keputusan mahkamah itu dilakukan. Kalau diheret semasa keputusan mahkamah, ia seperti mahu membawa rakyat menyanggah apa yang telah diputuskan atau akan diputuskan mahkamah,'' katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.