Khamis, Disember 15, 2011


Dalam laman Facebook seorang sahabat Semut ni ada menceritakan kisah mengenai sumbangan Pakatan Pembangkang kepada rakyat.


Tapi soalan tersebut ditanya kat kawasan yang bukan dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang tu. Jadi, jawapan yang dia dapat ialah, "Kami belum perintah Negara".


Cliche'. Kalau macam tu, bagi contoh sumbangan yang diberikan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Negeri bawah pemerintahan mereka. Air percuma, kata mereka.


Air percuma? Betul ke air percuma? Kat mana diorang bagi air percuma ni? Di Selangor kata mereka. Selangor bagi air percuma kepada rakyat.


Yang dapat air percuma tu hanya bagi penduduk yang menggunakan air sebanyak 20M padu sebulan. Siapa yang pakai air 20m padu sebulan? Tak masuk akal lansung.


Kononnya, kata diorang, untuk bagi air percuma ni, Kerajaan Negeri dah bayar pada Syabas sebanyak RM11juta. Padah, seposen pun Syabas tak terima. Percuma menda jadahnya?


Di Negeri lain, ada diorang bagi air percuma? Tak de. Kenapa tak de? Takkan orang Selangor je yang dapat merasa air percuma ni? Nampak sangat tak adilnya diorang ni.


Di Kelantan, isu air ni menjadi masalah utama bagi Negeri tersebut. Ia disenaraikan sebagai salah sebuah Negeri yang paling corot kualiti airnya.


Sampaikan dalam air diorang pun didapati ada 'Coli'. Nak kata bersih macam mana? Patut la Si Wali terompah tu pun ambik air sembahyang kat tepi sungai.


20 tahun dia memerintah Kelantan, tapi isu air pun dia tak boleh nak selesaikan. Jangan cakap la nak bagi air percuma.


Kalau di Kedah pulak, toksah mimpi nak kata dapat air percuma. Air makin mahal lagi ada. Dibantainya naikkan tarif air.


Kalau naik setakat seposen dua tak pe juga. Ini naik sampai dua kali ganda. Percuma Kepala Hotak Dia!!!


Nak bagi air percuma di Pulau Pinang, tempat pemerintahan Si Ketua Menteri Biawak tu? Lagi la jahanam. Usahkan nak bagi air percuma. Berhutang lagi ada.


Katanya, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang nak serahkan pembekalan air Negeri kepada Kerajaan Pusat sebab diorang tak mampu nak bayar hutang.


Diorang pun pandai jugak sebab lepas ni tak payah la keluarkan duit poket untuk selesaikan hutang - hutang tu semua. Selamat la duit puak kedarak Si Biawak tu nanti.


Lepas tu, kalau bekalan air Negeri ni ada masalah, senang sikit diorang nak cari alasan. Diorang boleh tuduh Kerajaan Pusat yang tak buat kerja.


Lagi diorang nak cerita pasal bab menjaga Kebajikan Rakyat? Tak payah nak mimpi la. Itu semua hanya indah khabar dari rupa je sebenarnya.


Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah memang itu pun kerja diorang, menipu rakyat. Diorang bukan tau buat kerja lain pun. Nak bagi air percuma konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Ingat segala kata2 dan sampaian yg berunsur fitnah semata2,dosa kekal dan berpanjangan selagi mana ia masih dipaparkan...

    Ingat hari pengadilan dimana semua manusia dihisab,bertaubatlah dari fitnah...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping