Khamis, Disember 15, 2011

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata adalah tidak benar bahawa Ahli Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah digugurkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya umum akan datang. 
"Kita baru sahaja di peringkat menerima cadangan dari negeri mengenai siapa yang akan menjadi calon, bagaimana pula Dr Hasan boleh digugurkan?. Ia tidak benar," katanya hari ini.
Sambil menyifatkan sebarang kenyataan sebelum ini mengenai Hasan sebagai pandangan peribadi pihak tertentu, Tuan Ibrahim berkata pemilihan calon parti itu belum muktamad.
Beliau juga berkata Pas setakat ini telah menerima nama-nama yang dicadangkan sebagai calon dari beberapa negeri. 
"Semua negeri pun belum sahkan lagi (calon mereka)...nak dekat Parlimen dibubarkan, barulah kita muktamadkan siapa yang akan bertanding. 
"Setiap negeri biasanya akan menghantar dua atau tiga nama calon di peringkat Parlimen dan dua atau tiga nama calon di peringkat Dewan Undangan Negeri," katanya. 
Mengenai hasrat PAS Kelantan untuk mengurangkan calon luar bertanding di negeri itu, Tuan Ibrahim berkata ia adalah sekadar cadangan. 
"Kalau di negeri itu ada beberapa nama yang dia rasa baik, maka dia boleh mencadangkan nama orang itu sebagai calon kepada PAS Pusat. Kita tidak ada masalah untuk menerimanya," katanya. - BERNAMA 
Ps: Secara tidak lansung, Si Pak Berahim ni telah mengakui sendiri bahawa Ketua Penerangan PAS Selangor tu adalah seorang kaki Penipu.

Jika tidak, kenapa dia keluarkan kenyataan dengan mengatakan bahawa nama Datuk Dr. Hassan Ali digugurkan sebelum ini? Bukan ke itu menipu namanya?

Kalau dia tak menipu, dah tentu dia ada niat yang jahat untuk memburuk - burukkan imej Datuk Dr. Hassan Ali dikalangan ahli - ahli PAS.

Sebab selama hari ni, Dr. Hassan Ali sentiasa dianggap sebagai satu liabiliti kepada PAS di Selangor. Beliau dianggap menyukarkan hubungan intim diantara PAS dan juga DAPigs!!!

Walau apa pun, perkara ini cuba juga disembunyikan oleh Pak Berahim ni. Tak pasti sama ada dia sedar atau tidak bahawa ada puak dalam PAS yang cuba merampas kuasa.

Nak pulak puak - puak Anwarinas yang kuat menyokong Si Ketua Penipu yang memang meliwat mengikut kata Godfather Karpal tu sendiri.

Mustahil Pak Berahim tak sedar benda ni berlaku dalam parti dia sendiri? Sama ada dia memang tak tau atau tak ambik tau, itu tak pasti. Tapi yang pastinya dia memang kena tipu hidup - hidup. Itu je yang pentingnya!!!

Published with Blogger-droid v2.0.2
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping