Haiya Haji!!! Apa sudah kena sama lu ni? Lu tak boleh tido dah ka sejak lu punya isteli jadi rakan kongsi lelap?
Tapi apa boleh buat lo. Lu sendiri yang cari pasal. Kasi cabar olang tak tentu hala. Sekalang, lu boleh jadi lakan kongsi gelap sama SPRM la. Balu padan lu punya muka!!!
Pelbagai kontroversi yang berunsur fitnah dan pembohongan ditimbulkan pemimpin tertinggi DAP, Nga Kor Ming sebelum ini terhadap Barisan Nasional, namun, perkara itu masih lagi mampu ditahan sehinggalah Adun Pantai Remis itu mencabar salah seorang blogger Pro-BN baru-baru ini.Hari ini, blogger Ahmad Sofian Yahya atau lebih dikenali sebagai ‘SekupangDua’ telah membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Ngo ketika zaman pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak selama 11 bulan.Menurut Sofian, sebelum ini beliau ada memaparkan isu pemberian kontrak membekal dan menjahit lounge suit untuk ahli majlis MBI dimana pentadbiran ketika itu telah memilih syarikat Ethan & Elton Sdn. Bhd yang merupakan milik isteri kepada Nga Kor Ming sebagai pembekal.Susulan dari paparan itu, Nga kemudiannya mencabar blogger terbabit supaya mengemukakan bukti selain membuat laporan SPRM berkaitan penyalahgunaan kuasa ke atas syarikat milik isterinya.“Beliau (Nga Kor Ming) sebelum ini telah mencabar saya jadi hari ini saya menyahut cabaran Nga untuk membuat laporan SPRM berkaitan pemberian kontrak tersebut… sebagai bukti saya ada menyediakan dokumen yang menyatakan bahawa dalam mesyuarat jawatankuasa khas pemilihan telah melantik syarikat Goodman Tailor sebagai pembekal.
“Pelantikan syarikat itu sebagai pembekal dan tukang jahit khusus pakaian long suit untuk Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham dan Kor Ming meskipun pembekal dengan sebut harga terendah telah pun dilantik sebelum itu.
Malah tambahnya, perbuatan itu turut disertai sepupunya, Ngeh Koo Ham dimana pemimpin berkenaan telah memberi arahan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan iaitu MBI untuk melantik syarikat yang beralamat di Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya sebagai pembekal dan tukang jahit khusus untuk 20 pakaian long suit Ahli Majlis MBI bagi tahun 2008.
Bagaimanapun, dalam senarai sebut harga yang dikeluarkan oleh MBI, terdapat lima syarikat yang disenaraikan dan syarikat Good Man Tailor telah menawarkan sebut harga terendah iaitu RM450 sepasang manakala Ethan dan Elton menawarkan harga yang paling tinggi iaitu sebanyak RM 650 sepasang.“Hasil siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati salah seorang daripada ahli lembaga pengarah syarikat itu adalah isteri kepada exco kerajaan pada masa itu.“Kita mempunyai bukti kukuh yang boleh mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan amalan kronisme yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ketika memerintah Perak,” katanya lagi. - Seterusnya, klik kat sini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.