Khamis, Disember 15, 2011


Halamak Ai!!! Dalam banyak - banyak Puteri Reformasi yang ada dalam Parti Kencing Rakyat tu, Si Azmin ni boleh ada skandal dengan Si Mak Lampir?

Ish!!! Ish!!! Ish!!! Kot ye pun terdesak sangat, cari la yang ok sikit. Takkan la Si Mak Lampir tu pun boleh jugak kot.

Tapi ye la. Nak buat macam mana. Dah diorang duduk kat satu kawasan. Sorang ADUN Bukit Antarabangsa. Yang sorang lagi Ahli Parlimen Ampang.

Memang la diorang ada skandal. Skandal tak buat kerja. Itu memang dah tak dapat nak elak la. Lagi pun, memang itu je kerja diorang. Mana diorang tau buat kerja lain!!!
PETALING JAYA: Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo mencabar pemimpin menyenaraikan projek yang dibuat di kawasan itu sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008.
Bekas Adun Lembah Jaya tahun 1995 hingga 2004  berkata, tidak ada satu pun projek yang dibuat di Ampang.
“Saya tanya kepada Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin apa yang kamu buat sejak menjadi Adun dan ahli Parlimen?
“Jalan berlopak semakin parah, sampah sarap tidak diambil. Dulu Alam Flora yang angkat sampah tetapi kini kini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi sampah tidak terangkat.
“Mereka pandai bercakap tetapi tidak pandai buat. Macam-macam mala petaka telah berlaku di Selangor,” katanya.
Azmin merupakan ahli parlimen Gombak dan juga timbalan presiden PKR manakala Zuraida adalah ahli parlimen Ampang dan ketua wanita PKR.
Tuntut janji
Menurut Ismail lagi, kerajaan Selangor pernah berjanji mahu menurunkan cukai pintu tetapi sebaliknya pula yang berlaku iaitu dinaikkan sebanyak 20 peratus.
Beliau berkata, banyak harta milik syarikat kerajaan negeri telah dijual untuk kepentingan mereka.
“Rakyat Ampang tuntut janji dari Azmin dan Zuraida, rakyat Selangor pula tagih janji Pakatan Rakyat” katanya.
Ismail berkata, dari tinjauan yang dibuat di kawasan Ampang, ramai penduduk yang mengatakan mereka menyesal kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.
“Mereka menangis apabila pemimpin Umno menemui mereka dan menyatakan akan mengundi BN dalam pilihan umum akan datang,” kata beliau.
Categories: ,

9 ulasan:

  1. KAMI akan sokong UMNO janji Mail Kijo tak bertanding....Kau pon sama la Mail kijo...sudah sudah la tu.. kasi la org lain pulak jadik YB

    BalasPadam
  2. Betul tu ..... orang lain yang layak banyak lagi ..... sokong UMNO but no 2 Mail..

    BalasPadam
  3. haha kena 2 biji. Ngutuk orang. Maklumlah, nak PRU kenalah bodek bos. Dia ingat duduk dlm UMNO blh goyang kaki?

    Tapi PKR sah-sah tak blh pakai.

    BalasPadam
  4. Salam,

    Aku tinggal di Ampang sekitar 1998 sehingga 2000 ketika itu Ampang sedan dalam pembangunan oleh projek BN.

    Tapi amat mengejutkan apabila sekitar tahun 2003 aku datang semula kesitu aku terkejut melihat Ampang yang bertukar 100% begitu pesat dan begitu membanggakan.

    Tapi pada 2010 aku ke Ampang tak ada perubahan malah sisa penginggalan BN tidak diurus dengan baik jalan berlopak, bangunan mula nampak tidak terurus dan tiada pembangunan baru.

    Apa yang nak aku jelaskan adalah NAMPAK SANGAT ADUN DAN AHLI PARLIMEN AMPANG NI MAKAN GAJI BUTA DAN TAK AMBIK PERIHATIN AKAN NASIB RAKYAT YANG MEREKA TAHU ADALAH MEMENUHKAN TEMBOLOK MEREKA DAN MEMBUAT FITNAH SERTA MEMAKI HAMUN ORANG LAIN SEDANGKAN MEREKA ADALAH PEROMPAK DAN PENYAMUN BESAR.

    BalasPadam
  5. Barisan akan amik blk Ampang di PRU13 tapi Mail, ko kena chow! BN mesti letak org muda dan kuat keje bukan mcm ko. PKR blh pegi mampos skrg. Tapi ingat, Mail, ko tak blh tanding lagi!!!

    BalasPadam
  6. aku rela bakar diri dari masuk neraka sama UMNO..pemimpin yg korup..skandal..curi duit negara mcm bapak dia punya..

    BalasPadam
  7. Aku rasa orang2 bawah ni je yg tukus lumus nk perjuangkan UMNO..pemimpin bila dah terdesak baru nk bagi tu bagi ni...abis duit negara depa sapu..tinggal ciput bru ingat nk bagi pada rakyat rm500 tu pun dah terdesak nak undi klu tak ada parti pembangkang yg betul2 lawan sampai bila2 lah UMNO tipu melayu....puiiiihhh!

    BalasPadam
  8. eden nak nyatokan" nasi dah jadi bubur", "compodak dan jadi nangko". lain kali kito jangan buet keputusan tergosor gosor. marahkan nyamok kelambu dibakar. ini lah oran melayu. dio sangkokan oran YB tu banyak duit. jadi bilo tak dipilih mako apo lagi sabotag lah. tak kirolah dio oran umno ko tak.
    dio tak dapet yang dimintak undilah pr. makan janji anwar. janji apo yang ado. adolah dalam seluar dio duo biji. ni nak masuk sg buloh dah. selamat menjalankan tugas ya

    BalasPadam
  9. kalo mail kijo jd calon, ak sokong pembangkang ..kalo BN letak calon muda..baru ak sokong BN..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping