Isu berkaitan aset pertahanan negara tidak sepatutnya dijadikan debat secara terbuka oleh mana-mana pihak terutama pembangkang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Negara lain pun ada masalah itu juga. Boleh persoal harga atau spesifikasi aset itu tetapi jangan pertikaikan kemampuan aset negara dalam mempertahankan negara," katanya pada jamuan tengah hari bersama media yang membuat liputan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11), di Langkawi hari ini.
Untuk itu, katanya, beliau akan terus mempelawa anggota pembangkang yang mempertikaikan kemampuan aset pertahanan negara untuk melihat sendiri kemampuan aset pertahanan tersebut, sekaligus menyanggah tohmahan yang dibuat mereka.
"Siapa yang cakap banyak, mereka yang pertama akan dijemput. Seperti kapal selam, ahli politik sebenarnya tidak boleh menaikinya tetapi bagi membersihkan nama baik ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bahawa aset pertahanan negara boleh digunakan, saya terpaksa buat pengecualian," katanya.
Ahmad Zahid berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua timbalannya dijadual menaiki kapal selam KD Tun Razak petang ini bagi mengalami sendiri kebolehan kapal selam itu.
"Dua (wakil) DAP dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kapal selam itu akan bergerak lima jam untuk sampai ke satu kawasan yang dalam untuk menyelam. PAS kita akan jemput ke Sepanggar, Sabah (pangkalan kapal selam).
"Bagi Tony Pua (Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara) kita akan jemput dia naik kapal selam dari Langkawi ke Teluk Sepanggar yang makan masa tiga hari tiga malam. Biar dia tahu susah naik kapal selam. Dia yang paling bising, paling banyak cakap," katanya.

Ps: Sekali lagi, puak - puak Pakatan Pembangkang ni telah membuktikan tahap Kebodohan diri mereka sendiri kepada rakyat Malaysia.
Tak pasal - pasal je kena 'sound' dengan Menteri Pertahanan. Tapi, siapa suruh diorang cari pasal? Siapa suruh diorang banyak cakap. Sekarang, Baru Padan Muka Diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.