Sabtu, Disember 10, 2011


LANGKAWI 9 Dis. - Meskipun pembangkang khususnya DAP hebat mempertikaikan keupayaan kapal selam negara, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut amat diperlukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui perkara tersebut selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam KD Tun Razak lebih sejam atas jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Guan Eng pada sidang akhbar selepas itu berkata, kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataan beliau itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini.

"Sudah tentu kerana ia kapal selam, kita menyelam sehingga paras 30 meter, tentulah kalau cakap dari segi kapal selam, ia boleh selam.

"Tentang perkara lain kita boleh cakap panjang lebar, esok pun tidak habis. Kita juga mempunyai perbezaan pendapat seperti mengenai harga sama ada ia berbaloi atau tidak," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini hari ini.

Turut sama menaiki kapal selam itu ialah dua Timbalan Guan Eng iaitu Prof. Dr. P. Ramasamy serta Datuk Dr. Mansor Othman.

Parti-parti pembangkang terutama DAP begitu hebat mengkritik pembelian kapal selam negara terutama berhubung kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion.

Malah Guan Eng sebelum ini berkeras meminta agar kerajaan menukar kapal selam itu dengan sebuah lagi yang baru atas alasan masalah teknikal yang dihadapi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam temu bual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu mendakwa KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mengatakan aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pengorbanan krew kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak patut dipersoalkan oleh mana-mana pihak dan seharusnya dihargai serta disokong semua rakyat.

"Dari segi kapal selam, ia sesuatu yang kita rasa perlu dan sumbangan daripada wira-wira kita perlu disokong semua rakyat," katanya.

Ketibaan ketiga-tiga pemimpin pembangkang menaiki helikopter TLDM, Super Lynx dan Fennec disambut oleh Zahid dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Bagaimanapun, Guan Eng tetap angkuh apabila enggan mengulas walaupun berkali-kali diminta pihak media untuk menyatakan tentang fakta keupayaan kapal selam tersebut.

Ps: Kalau orang lain yang keluarkan kenyataan, mungkin Si Nurul Izzah tu boleh buat dakwaan lain. Tapi, ini Setiausaha Agung merangkap Si Ketua Menteri Biawak tu sendiri.

Apa lagi yang mampu Si Tony Puaka serta Si Nurul Izzah tu jelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai dakwaan mereka selama ini?

Itulah. Lain kali buat kerja tu pakai otak. Ini tidak. Buat ikut suka hati je. Dah la Kepala Otak letak kat Kepala Lutut. Kan dah songeh. Padan Muka!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. cibailah...aku yang dok sokong kerajaan pun tak rasa naik kapal selam tapi yang selalu kutuk kerajaan jemput bagi naik,,sampai kiamat pun dia tak akan kata ok.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping