Sabtu, Disember 10, 2011


Ini satu senario yang membuatkan Semut pun pelik. Selalu kita dengar atau melihat wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang ni tak reti buat kerja untuk rakyat.

Yang diorang tahu hanya mempertikaikan itu dan ini sahaja. Lepas tu menipu rakyat sana sini. Itu je kerja yang diorang mampu buat pun sebenarnya.

Sebagai contoh Si Nurul Izzah tu la. Dia bercakap je pandai. Pertikai hal itu ini memang menjadi kemahiran utama dia. Bab menipu rakyat ni tak payah cakap la.

Itu pasal dia sering menjadi bahan kritikan dikalangan rakyat sekitar kawasan Lembah Pantai. Malah dikalangan ahli parti sendiri pun banyak yang mempertikaikan pasal dia.

Di Pahang pulak, hanya ahli Parlimen sahaja yang buat benda - benda macam tu. Diorang turun ke kawasan pun jarang sekali. Ada sorang tu lansung tak pernah nampak muka. Tak kira la bila musim sekali pun.

Yang sorang lagi tu asyik sibuk dengan radiasi dia je 24jam, 7hari seminggu. Macam dah tak de benda lain. Balik - balik, dia je yang betul. Kalau orang lain ni tak betul belaka.

Bukan setakat itu je. Dia berani pulak mendabik dada mendakwa bahawa diri dia lebih pandai dari pakar radiasi dan nuklear. Padahal, dia bukan ada kelulusan pun dalam bidang tersebut.

Tapi, senario cukup berbeza dengan ADUN Pembangkang di Pahang ni. Untuk pengetahuan korang, di Pahang ni ADUN Pembangkang ada 4 orang. 2 dari DAP, 2 lagi PAS.

Tidak dinafikan, 4 orang ADUN ni buat kerja mereka masing - masing walau pun ada kalanya ia bertentangan dengan agenda dan arah tuju pihak Kerajaan serta agenda Pakatan sendiri.

Namun yang pentingnya, mereka buat kerja. Tapi itu pun turut menjadi pertikaian dikalangan ahli Pakatan Pembangkang di Pahang sendiri. Orang tu buat kerja pun kena pertikaikan jugak ke?

Bukan setakat dipertikai je. Malah mereka juga sanggup melemparkan tuduhan dan dakwaan yang bukan - bukan. Inilah perangai puak - puak Pakatan ni. Mereka lagi suka wakil rakyat mereka menipu daripada buat kerja untuk rakyat!!!

Published with Blogger-droid v2.0.1
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. http://medantempurkedah.blogspot.com/
    mohon tuan linkkan blog saya ke blog tuan.tq

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping