Sabtu, Disember 10, 2011

...Tu Dok Tengah Intai Masalah Parti Sendiri La Tu Kot...
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bergegas pulang ke Pulau Pinang petang semalam untuk 'menyelami' pula krisis lain yang mungkin 'meletup' di konvensyen DAP negeri itu esok.


Difahamkan Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, terbang dari Langkawi ke Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam, selepas menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, untuk menghadiri mesyuarat tergempar pada jam 10 malam, dengan tiga pemimpin DAP yang sedang bertelagah.



Mereka adalah Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy; ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Thanasekharan (Bagan yang  bertelagah mengenai kenyataan berhubung 'godfathers'.



Kenyataan tersebut muncul selepas pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh menasihatkan pemimpin parti itu supaya jangan menjanji dan mengumumkan kerusi untuk kepada kroni dan penyokong mereka dalam pilihan raya umum akan datang.



Sebarang Keputusan mengenainya,  tegas Karpal, adalah budibicara jawatankuasa eksekutif pusat parti itu.



Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Lim dijangka menyelesaikan pertelingkahan tersebut bagi mengelak ianya 'meletup' di konvensyen parti itu esok.



Selain Lim, Karpal dan pihak-pihak yang bertelingkah, mesyuarat tertutup itu turut dihadiri pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik.



Pertelingkahan itu semakin meruncing apabila Rayer yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, cuba mengadakan tunjuk perasaan bersama dengan kira-kira 40 yang lain, di ibu pejabat parti itu di Jalan Talipon semalam (Jumaat).



Rayer membatal hasrat itu atas nasihat Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang tetapi mengadakan sidang akhbar untuk menekan Ramasamy supaya menarik balik kenyataannya mengenai 'godfather' itu dan memohon maaf kepada pemimpin-pemimpin kanan parti.



Rayer juga mengecam pembantu peribadi Ramasamy Satees Muniandy, yang menulis dalam tweet mendakwa dua wakil rakyat telah "menyalahgunakan dana kerajaan negeri".
Ps: Itu la pasal. Asyik sibuk sangat pasal hal orang lain sampaikan parti sendiri ada masalah pun dia boleh buat - buat tak nampak.

Inilah masalahnya puak - puak Pakatan Pembangkang ni. suka sangat kaji nyamuk diseberang laut, tapi gajah depan mata diorang buat - buat tak nampak.

Dah la macam tu. Bukannya diorang tau buat kerja pun untuk rakyat. Yang diorang taunya, menipu tu je la!!! Macam sial!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping