Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Syed Mohammed Tuan Lonnik mengakui pengundi di kawasan Beserah tegar memilih Pas, namun beliau lebih rela mengundur diri kerana tidak sanggup memegang amanah sebagai wakil rakyat atas faktor usia.
Syed Mohammed juga mahu calon muda yang bersemangat untuk memastikan Beserah terus kekal menjadi milik Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Saya lega jika tidak tercalon pada pilihan raya akan datang kerana dalam usia sekarang, saya sudah tidak mampu untuk bergerak aktif.
“Saya tidak mahu kerana mengejar jawatan, saya gagal menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, kelmarin.
Kenyataan diatas dikeluarkan oleh seorang ADUN yang sentiasa kantoi tidur dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang.
Banyak spekulasi yang sedang berlegar ketika ini tatkala membicarakan pasal isu nama dia tidak dicalonkan semula sebagai ADUN Berserah ni sebenarnya.
Salah satunya ialah sebab prestasi dia dalam sesuatu isu dilihat sangat pasif. Terutama sekali yang berkaitan dengan soal pembinaan kilang memproses Nadir Bumi di Gebeng.
ADUN Berserah ni lebih banyak bersikap mendiamkan diri daripada terus mempertikaikan pasal pembinaan kilang tersebut. Dalam erti kata lainnya, dia nak main selamat.
Tetapi tindakan dia tu mendapat tentangan dari rakan - rakan dalam Pakatan Pembangkang di Pahang secara keseluruhannya. Nak pulak kilang tu dalam kawasan dia.
Sebelum ini pun, masa Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat kat Si Fuziah Thoron tu menyelewengkan fakta, dia sendiri bersetuju dengan pandangan tersebut.
Kata dia, secara peribadinya dia bersetuju bahawa kilang tersebut tidak merbahaya seperti mana yang dikatakan oleh Si Fuziah Thoron.
Disamping itu juga, terdengar desas desus mengatakan bahawa kerusi DUN Berserah ni bakal dirampas kembali oleh Parti Kencing Rakyat.
Ianya disebabkan kerusi tersebut pernah disandang oleh Si Fauzi Pendek sewaktu dia menjadi ADUN untuk Barisan Nasional.
Tetapi, disebabkan mutu perkhidmatan dia sebagai seorang ADUN sangat - sangat mengecewakan, maka sebab itulah nama dia digugurkan.
Tambahan pulak, dia merupakan seorang pengikut setia kepada Si Ketua Penipu tu. Dia juga digugurkan sewaktu Si Ketua Penipu tu kena pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dah nampak sangat yang Si Fauzi Pendek ni bukan berjuang untuk rakyat, tetapi sebaliknya dia berjuang demi Si Ketua Penipu tu sahaja.
Jadi soal nak letak calon muda dari kalangan PAS tu sebenarnya hanya wayang ADUN Berserah ni je. Semua nak tutup cerita supaya Pakatan Pembangkang di Pahang ni nampak tak beramuk sesama sendiri. Padahal masing - masing Gila Kuasa belaka!!!
Kesian orang seroh..x ada pembangunan pun kawasan ni..tukar le lepas ni.
BalasPadamMari sokong ABU
BalasPadamsokong ABU buat apa? nama pun ABU... sekali kena tiup angin jek habis hilang... tu blh diumpamakan lepas dh dpt jawatan esok ada chance ler tak buat kerja mcm nurul izzah... spesis ABU la tu...
BalasPadambagus gitu bukan mcm tok nik dah tak grut ndak lagi jadi calun dipimpin ....aku bersama umno ambik alih nanti tu
BalasPadamelok ABU kan labukau dulu kat atas tu!!!!.Otak pun macam labu!!!!
BalasPadam