Ahad, Januari 15, 2012


Ini semua salah UMNO. Orang yang ambik tindakan sedemikian rupa jelas sudah terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh UMNO selama ini.

UMNO hanya bertindak untuk menjahanamkan puak - puak Pakatan Pembangkang itu sahaja. Mereka bukannya nak membantu menjaga kebajikan rakyat.

Pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali sebagai ahli PAS dan juga sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor hari tu juga adalah salah satu konspirasi yang telah dibuat oleh UMNO. 

Jadi orang yang bertindak keluar dari parti PAS ini juga sebenarnya dah terperangkap dalam jerat UMNO jugak. Takkan diorang tak tau yang ini semua kerja UMNO belaka? 

Apa sahaja yang salah berlaku dalam dunia ni sekali pun adalah salah UMNO jugak. Yang betulnya PAS dan puak - puak Pakatan Pembangkang tu sahaja. Mereka je dari kalangan manusia yang maksum dan tak de kesilapan!!!
Seramai 102 ahli Pas Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas.
Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini semalam.
Jais berkata, selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.
"Kami tak percaya dengan Pas dan kami yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat,” katanya pada majlis pengisytiharan anggota Pas Kerdas menyertai UMNO dan ikrar menyokong Barisan Nasional.
Jais, yang juga Ketua Zon Pas Taman Kamariah Gombak, berkata, keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.
Menurutnya, walaupun dipujuk oleh Pas supaya terus kekal bersama parti itu, namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai UMNO malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Hebat betul Hassan Ali.... "ribu2" orang PAS berhijrah kepada parti assobiyyah kapitalis UMNO .... hasil perjuangan agenda UG ..... dengan retorik demi agama,bangsa & raja2"

    Nampaknya puak2 assobiyyah kapitalis UMNO tu akan semakin lama lagi mencengkam kuasa mereka terhadap hak rakyat & khazanah negara!


    NOTA INGATAN:

    UMNO kononnya perjuangan untuk "agama Islam, bangsa Melayu & raja2 Melayu" ....

    Tapi hakikatnya dah 54 tahun, dibawah UMNO.... Hukum Hakam Islam dipersendakan, martabat nilai budaya & tanah air Melayu semakin susut, nilai kemuliaan & kedaulatan raja2 Melayu sudah terhakis!

    BalasPadam
  2. Dr Hassan Ali adalah pejuang Islam sebenar, sanggup mengurbankan jawatan EXCO demi ISLAM.

    BalasPadam
  3. berjuang lah kau orang untuk anuar, ambiga dan PR kau tu. Tapi biol puak2 ni ni dah berlebihan. Brengset lu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping