Jumaat, Januari 27, 2012


Ish!!! Ni la masalahnya dengan Si Ketua Penipu ni. Lepas satu - satu cerita dia naik. Baru je dia nak padam cerita pasal kes liwat, dah timbul balik isu pasal kes video.

Tapi, apa boleh buat ye tak. Dah perangai dia memang tak semengah mengalahkan budak - budak baru baligh. Tu yang suka buat pasal tak tentu arah tu.

Yang herannya, orang macam tu yang nak sangat dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu.

Ada hati nak jadi PM. Hal diri sendiri pun tak terurus, inikan pulak nak urustadbirkan Negara. Lagi la punah jawabnya.

Orang suruh dia buktikan Kebenaran pun dia nak takut, pasal apa? Bila bercakap, bukan main lagi. Semua benda konspirasi belaka. Kalau betul ianya konspirasi, buktikan la!!! Jangan setakat bercakap je kerjanya!!! Buat mengabihkan air liur, apa guna!!!
Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.
Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.
‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.
‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.
Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.
Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.
‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.
‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.
Ps: Sejak dia dilepaskan dari kes liwat tempoh hari, nampak sangat yang puak - puak Pakatan Pembangkang tu dah jem. Tak tau nak buat apa. Masing - masing amcam dah hilang akal!!!

1 ulasan:

  1. KAK WAN RANTAI LA SIKIT KAKI SUAMI TU JANGAN BIARKAN DIA BEBAS SANGAT..PERGI KE NEGARA BEBAS MAKSIAT SEORANG DIRI...KESIAN KAK KAWAN KAT SIAPA DIA MENGADU UNTUNG NASIB...MARI KITA DOAKAN KAK WAN....BERLAPANG DADA DAN BUAT SATU KEPUTUSAN YANG BAIK...KESIAN SANGAT SAYA KAT KAK WAN...SAYA KENAL KAK WAN.....JANGAN PENDAM KAK WAN.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping