Selasa, Januari 03, 2012


Berikut Semut paparkan komen yang telah ditinggalkan sebagai respon dari pembaca mengenai artikel Semut petang tadi. Meh baca apa ceritanya.

Salam Semut Hitam,Saya ingin merujuk kepada kenyataan anda yang di bawah ini :

"Soalan yang lebih mudah, kenapa Si Ketua Penipu tu tak mansuhkan AUKU semasa dia jadi Menteri Pelajaran dulu? Kenapa baru sekarang nak dibebaskan? Dia bukan sahaja tidak memansuhkan AUKU pada ketika itu. Sebaliknya, dia memperkuatkuasakan lagi akta tersebut."

Saya adalah seorang mahasiswa di UTM Kampus Jalan Semarak bermula pada 1985 - 1990. Semasa di Tahun 2, Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.

Pada ketika itu, penuntut UTM sudah mula diresapi dengan fahaman politik PAS yang bergerak senyap-senyap. Namun sebaik sahaja Anwar mula berkuasa sebagai Menteri Pelajaran (yg kuasanya turut melibatkan semua universiti yg ada), pelajar-pelajar yang condong kepada PAS ini sudah mula bangkit terang-terangan menentang Menteri yg baru dilantik ini dan juga AUKU.

Maka terjadilah satu demontrasi kecil yang telah berlaku di dalam kampus. Saya lupa tarikhnya tapi di antara 1986 dan 1987. Memang demontrasi itu gagal tetapi sebahagian kecil pemimpinnya telah diheret ke Majlis Tatatertib UTM.

Ada yang dibuang universiti dan ada juga yang digantung pengajian. Apa yang ingin saya nyatakan di sini, Anwar itu sendiri pernah menghukum pelajar dengan memberhentikan pelajar dari universiti, termasuk kes yang saya saksikan di UTM itu.

Dia sendiri bertindak dengan kuasa kukubesinya untuk menghukum mahasiswa yang ingin mempertikaikan kewujudan AUKU. Dan seperti yang dinyatakan, AUKU itu sendiri diwujudkan untuk menyekat sikap memberontak beliau semasa di UM.

Jadi, saya amat berharap,carilah bekas mahasiswa buangan ini dan tampilkan mereka ke khayalak ramai. Mari kita buktikan kepada mahasiswa hari ini bahawa Anwar sendiri begitu kejam terhadap mahasiswa semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dulu.

Sejarah silam sepatutnya mengajar kita dengan apa yang terjadi pada hari ini. Bukakanlah pekung Si Penipu ini,biar mahasiswa hari ini tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Ps: khusus buat budak - budak cerdik yang lari dari Polis sampai terlanggar pintu kaca Klinik hari tu, ini pesan Semut. JANGAN LA JADI BANGANG SANGAT!!! Jadi Lembu Si Ketua Penipu tu apa korang dapat. Bukan dapat bagi korang makan pun!!!

Published with Blogger-droid v2.0.2
Categories: , , ,

12 ulasan:

  1. Si penipu ni bagai langgau (lalat taik), dia berak dan dia hurung taiknya sendiri. Pelajar2 semua yg terlibat dah di manderem olehnya dan depa dah jadi banggang, bahalol dan bonggok.

    BalasPadam
  2. Salam bro,

    surat menarik yang dapat membuktikan bahawa demo tempoh hari bukan berkenaan AUKU.

    Mohon di copy paste kan ke blog kami berkenaan artikel yang berkaitan di

    http://www.umnobandartunrazak.com

    kami akan link kan blog bro.harap dapat link kan blog kami.

    terima kasih

    BalasPadam
  3. Mak bapak hantar kau org pegi belajar tapi apa yang kau org buat....jadi LEMBU...KENA TANGKAP kata polis ZIONIS, ZALIM, KUKU BESI....

    BalasPadam
  4. Thanks semut hitam, ni semut merah, bagus ape yg didedahkan kalau boleh mahawiswa/wi yg digantung atau dibuang universiti, tampilah biar mereka sedar ape yg mereka buat tu salah...baliklah ke pangkal jalan...kalau x nampak jalan...suloh lah dengan nur Allah...

    BalasPadam
  5. ideologi politik abim condong kpd pas. tapi mengapa anwar dari abim masuk umno? kerana cita2 dia nak jadi pm, nothing more & nothing less. umno lah satu2nya tiket dia utk jawatan itu. walaubagaimana pun, pemerintah sekarang bukan baik sangat jugak.

    BalasPadam
  6. anon 10:58

    aku bgtau kat ko ye. buruk baik adalah individu bukan sebab UMNO. aku tak kata pemerintah sekarang ni terlalu bagus tapi jauh lebih baik dari yang tak baik. ko jgan nak nafikan ye. memang lah kalau nak jd PM kena lah join parti yang kuat. bukan parti longlai, lembik cam pembangkang. yang depa kuar just menipu,kaki kencing. kaut untung bagi kenyang perut dan penoh temolok sendiri dan kroni je.rakyat depa bukan peduli . kerja satu pun tak jalan. orang yang sebeginikah yang nak diharapkan memimpin sebuah negara yang ingin jauh kehadapan. ko tanya diri ko sendiri sudah cukup baik ke diri ko. tepuk dada tanya la iman. jgan suka melihat keburukan orang tetapi sebaiknya carilah kekurangan diri dan berusaha memperbaiki.jangan jd cam nuar. tak sudah2 buat onar tapi salahkan orang lain. apa punya lahabau le

    BalasPadam
  7. Sangat2 setuju... Kerajaan BN sekarang ni tak perfect, tapi jauh lebih baik berbanding pembangkang... Itu yg terbaik yg kita sedang ada...

    Kerajaan BN byk bertumpu kepada ambil hati rakyat (1M, BR1M, KR1M, Menu Rakyat, Mansuh ISA, Dana Belia 1M, etc), bukan bertumpu pada hasut rakyat seperti pembangkang... Mereka sgt byk bezanya.

    - "Peace" is always better than "anti-war"

    BalasPadam
  8. Bukan senang nak perintah & tadbir satu negara macam Malaysia ni... Alhamdulillah.., bekas2 pemimpin negara yang terdahulu telah meletakkan negara pada landasan yang sudah baik.. Pastinya ia belum 'perfect'.., akan tetapi.., mana ada negara di 'alam ini yang perfect, kan?

    Anwar? Sorry laa..!!

    BalasPadam
  9. kerajaan baik mcm pkr di selangor & pas di kedah tu ka? asyik kena taram ngn dap je? he he he!

    pembangkang ni kalu tak dapat apa yg mrk nak, macam2 depa kata ka kerajaan - zalim la, kejam la, zionistla..semua yg buruk2 yg Allah SWT benci, mrk akan label pd kerajaan. Na'uzubillah.

    nak tanya la jugak:

    ada sapa2 kebulor tak makan mcm di sudan, somalia ka, nak kata kerajan zalim? kejam? ada sapa ka yg tak diberi sekolah? tak dibenarkan ke sana kemari dgn bebas? tak boleh buat kenduri kendara? tak boleh beraya? tak boleh beribadat? tak boleh naik haji? semuanya kerajaan tolong bagi subsidi lagi adala...

    makanan penuh mulut pun masih nak memaki hamun kerajaan!! memang kufur nikmat! buatnya Allah Ta'ala tarik balik semua rezeki depan muka tu baru tau!

    apa yg kita nampak hari2 kerajaan menambahbaikkan segala kemudahan dari segala segi. jauh bezanya dari zaman nwar dlm kerajaan dulu! dia bapak segala rasuah, memerintah ala kuku besi. zaman dia jd menteri pelajaran dulu, apa yg baiknya dia buat selain mencengkam pelajar2 U?

    sekarang dia nak guna plak bekas pljr2 U yg bodo nak bebaskan dirinya!! blahla!!! dahla GILA NAK JADI PM sampai nak kena duduk dlm penjarapun MASIH BERANGAN NAK JD PM!! nak pakai 'pemangku'? 'interim'? memang sah GILA benor nak jd PM!!!

    nwar cuba nak samakan dirinya dgn Recep Tayyip Erdoğan yg dipenjarakan tp slps bebas, jd PM turky. hakikatnya, Recep Tayyip Erdoğan TIDAK DIPENJARAKAN KRN MELIWAT!! dia dipenjarakan krn membaca puisi berbaur hasutan di depan umum pd 1997.

    Erdoğan pula lulusan economi & sains perdagangan, bukan sasauwan! sbb tu la dia mampu keluarkan turky dari kemelut ekonomi selepas tu! Recep Tayyip juga menang besar & membentuk kerajaan satu partinya, bukan bergabung dgn mana2 partipun! sbb tu la partinya berjaya memerintah dah lebih 3 penggal oi! takyahla nak auta, awak dgn Erdoğan jauh bezanya oi!!!

    sudah2la tu nwar!

    BalasPadam
  10. saya setuju, kerajaan BN sekarang memang ada banyak kepincangan yang sangat perlu diambil tindakan segera! lagi baik kalau dapat wujudkan satu medium aduan rakyat tanpa tapisan demi untuk kesejahteraan bersama untuk membolehkan semua perkara diambil berat oleh semua wakil rakyat.

    walaubagaimanapun, kerajaan BN yang sekarang ni adalah jauh lebih baik daripada kepimpinan pakatan rakyat! DAP racist dan suka main 'boneka', PKR suka jaja nama Malaysia di negara asing, dan PAS plak 'flip-floppy' ! gabungan mereka nampak sangat seumpama 'lebuh raya yang sama tapi sorang naik kereta kebal, sorang naik bugatti veyron dan sorang lagi naik unta!...

    BalasPadam
  11. Anwar hampehh....BN pun hampeh...masalah rakyat marhean tak selesai2...main bagi gula2 kat rakyat jo...masalah dasar makin hampeh....TK -Rakyat Biasa

    BalasPadam
  12. Satu artikel yang baik ...

    Nak tambah sikit. Sebulan sebelum pemecatan Anwar sebagai TPM pada 2 September 1998, Anwar diberitakan mempunyai kaitan rapat dengan pelajar UTM dalam aksi 'langgar belakang'. Sehinggakan kami yang mendengar cerita dan berita tersebut menjerit dan terperanjat secara serentak. Macam tak percaya. Khabarnya kecoh juga satu pejabat agama di sebuah daerah di selatan tanah air. Kerana Anwar TPM maka cerita ini dipendamkankan. Pelajar-pelajar UTM yang terlibat bangga dan tak kisah pun kerana tau siapa di belakang mereka dan kes ditutup dan dilepaskan.

    Samalah macam kes Saiful ni juga. Tiada siapa pun nak simpati pada mangsa liwat hanya kerana dia lelaki dan tak nampak kes pencabulan. Paling-paling pun hanya mengalami kesukaran ketika ya qadial hajat. Bukannya boleh mengandung ya tak?

    Semoga Allah akan melaknati golongan peliwat ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping