Ramai orang yang pelik dengan tindakan pelajar - pelajar Mahasiswa yang berdemo dihadapan UPSI baru - baru ni.
Tindakan mereka itu dilihat sangat - sangat memalukan institusi pendidikan serta pengajian tinggi di Malaysia ni.
Mana taknya. Orang yang pergi ke Universiti ni kononnya bijak pandai belaka. Tapi bila tengok balik tindakan yang diambik, tak mencerminkan lansung kebijaksanaan mereka.
Apa alasan diorang buat demo tu dihadapan UPSI? Kata diorang sebab nak tuntut kebebasan akademik. Apa, akademi sekarang ni masih tak bebas lagi ke?
Dalam erti kata lain, diorang nak mintak sangat agar AUKU tu dimansuhkan sama sekali. Tapi pernah tak diorang tanya kenapa ianya diwujudkan?
Semuanya sebab Si Ketua Penipu tu jugak. Kerana dialah AUKU tu diwujudkan pada tahun 1971 dulu. Kalau tak sebab dia, tak de AUKU ni.
Habis kenapa budak - budak yang bijak melanggar pintu cermin kat Klinik tu tak tanya Si Ketua Penipu tu dulu sebelum diorang nak ambik tindakan tersebut?
Soalan yang lebih mudah, kenapa Si Ketua Penipu tu tak mansuhkan AUKU semasa dia jadi Menteri Pelajaran dulu? Kenapa baru sekarang nak dibebaskan?
Dia bukan sahaja tidak memansuhkan AUKU pada ketika itu. Sebaliknya, dia memperkuatkuasakan lagi akta tersebut.
Kenapa budak - budak bijak melanggar cermin tu tak menjadikan perkara ini sebagai satu persoalan semasa mengadap Si Ketua Penipu di kediaman dia baru - baru ni?
Kan nampak sangat budak - budak tu bangang belaka semuanya. Tak tahu apa - apa lansung mengenai AUKU tapi nak buat tuntutan yang bukan - bukan.
Itu satu hal. Satu lagi isu yang berkaitan dengan AUKU ni ialah nak menjadi pemimpin dimasa akan datang, KONONnya.
Kalau tanya Semut, mati hidup semula pun tak nak berpemimpinkan orang yang bodoh melanggar cermin klinik lepas tu nak salahkan orang lain ni.
Buat apa jadi pemimpin kalau takut kena tahan dengan Polis dan lari melintang pukang sampai pintu kaca pun dirempuhnya. Buat malu je ada pemimpin macam tu.
Apa, diorang tak pernah terfikir ke yang dengan adanya AUKU pun diorang masih lagi boleh jadi pemimpin? Malah ada yang jadi Perdana Menteri pun. Tak de masalah pulak.
Malah, Pak Timbalan Menteri yang sibuk dok menyokong Mahasewel tu semua pun terlibat dengan kekangan AUKU ni jugak. Boleh je dia jadi pemimpin.
Cuba tanya dia. Masa dia jadi pelajar dulu ada jugak AUKU ni. Tapi macam mana diorang boleh jugak jadi pemimpin? Tak pulak timbul sebarang masalah.
Cuba tanya soalan yang sama tu kepada semua Pemimpin Pakatan. Mesti diorang pun tak dapat jawab. Melainkan diorang semuanya belajar diluar Negara atas tajaan pihak Kerajaan Barisan Nasional. Pun tak reti nak bersyukur jugak ke!!! Macam sial!!!
Ps: Ni yang orang kata bodoh tak reti nak diajar, cerdik tak bertempat ni. Tapi kot ye pun, jangan la sampai jadi bangang sangat!!!
Salam Semut Hitam,
BalasPadamSaya ingin merujuk kepada kenyataan anda yang di bawah ini :
"Soalan yang lebih mudah, kenapa Si Ketua Penipu tu tak mansuhkan AUKU semasa dia jadi Menteri Pelajaran dulu? Kenapa baru sekarang nak dibebaskan?
Dia bukan sahaja tidak memansuhkan AUKU pada ketika itu. Sebaliknya, dia memperkuatkuasakan lagi akta tersebut."
Saya adalah seorang mahasiswa di UTM Kampus Jalan Semarak bermula pada 1985 - 1990. Semasa di Tahun 2, Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Pada ketika itu, penuntut UTM sudah mula diresapi dengan fahaman politik PAS yang bergerak senyap-senyap. Namun sebaik sahaja Anwar mula berkuasa sebagai Menteri Pelajaran (yg kuasanya turut melibatkan semua universiti yg ada), pelajar-pelajar yang condong kepada PAS ini sudah mula bangkit terang-terangan menentang Menteri yg baru dilantik ini dan juga AUKU.
Maka terjadilah satu demontrasi kecil yang telah berlaku di dalam kampus.Saya lupa tarikhnya tapi di antara 1986 dan 1987. memang demontrasi itu gagal tetapi sebahagian kecil pemimpinnya telah diheret ke Majlis Tatatertib UTM. Ada yang dibuang universiti dan ada juga yang digantung pengajian.
Apa yang ingin saya nyatakan di sini, Anwar itu sendiri pernah menghukum pelajar dengan memberhentikan pelajar dari universiti, termasuk kes yang saya saksikan di UTM itu. Dia sendiri bertindak dengan kuasa kukubesinya untuk menghukum mahasiswa yang ingin mempertikaikan kewujudan AUKU. Dan seperti yang dinyatakan, AUKU itu sendiri diwujudkan untuk menyekat sikap memberontak beliau semasa di UM.
Jadi, saya amat berharap,carilah bekas mahasiswa buangan ini dan tampilkan mereka ke khayalak ramai. Mari kita buktikan kepada mahasiswa hari ini bahawa Anwar sendiri begitu kejam terhadap mahasiswa semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dulu.
Sejarah silam sepatutnya mengajar kita dengan apa yang terjadi pada hari ini. Bukakanlah pekung Si Penipu ini,biar mahasiswa hari ini tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.