Rabu, Januari 04, 2012


Demikian luahan hati seorang sahabat Semut tatkala kami duduk bersembang disebuah warong kopi disekitar kawasan Felda.

Sambil duduk berborak tu, ada beberapa orang warga peneroka yang sedang asyik bersembang menceritakan soal isu - isu semasa.

Terngiang - ngiang jugak dihujung telinga mendengar dengan khusyuk perbualan yang sedang berlansung dimeja sebelah. Bukan la nak jaga tepi kain orang.

Antara yang dibualkan oleh warga Peneroka tu sudah tentunya mengenai isu Felda. Ada sorang dua yang asyik membakar semangat peneroka lain agar mengambil tindakan.

Beria - ia benar mereka mengatakan bahawa peneroka selama ini telah ditipu oleh Felda Pusat. Mereka sepatutnya dapat lebih dari apa yang dimiliki hari ini.

Tak ketinggalan juga mereka turut mendesak agar peneroka - peneroka lain turut bersama - sama mereka mengambil tindakan saman terhadap Felda.

Persoalan yang bermain diminda Semut ketika itu ialah, adakah dengan mengambil tindakan tersebut akan memberi keuntungan kepada peneroka tersebut?

Kalau menang, ada la dapat duit sikit. Tapi tak boleh jadi kaya jugak. Lain la kalau saman tu sorang peneroka dapat RM1juta sorang. Baru berbaloi saman yang dibuat.

Tanpa disedari, sahabat Semut yang sorang tu memulakan bicara dengan peneroka - peneroka tersebut. Soalan yang sama bermain diminda Semut diajukan.

Puas la orang yang asyik membakar semangat peneroka Felda tu menjawab soalan tersebut. Kata mereka, ini bukan soal untung atau rugi. Ini soal hak, kata dia.

Hak apa yang dituntut sebenarnya? Adakah selepas saman itu dilakukan, Felda akan mebayar mereka seperti mana yang dibayar pada hari ini?

Soalan seterusnya yang diajukan oleh sahabat Semut ialah berapa kadar pendapatan Peneroka setiap bulan? RM 1,500 kata mereka. Itu pun kalau tak de hasil.

Maknanya, sambil goyang kaki sahaja, Peneroka ni boleh dapat pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan. Tak termasuk elaun lain lagi.

Maka dengan itu keluar ayat diatas. "Saya kerja 8jam sehari, 5hari seminggu. Kadang - kadang sampai malam nak siapkan kertas kerja. Gaji baru RM2,500 sebulan.

"Jika nak dibandingkan dengan pakcik, jauh sangat senangnya. Pakcik goyang kaki dapat RM1,500 sebulan. Bukan setakat dapat duit. Macam - macam dapat. Rumah, tanah, elaun itu ini. Pun tak cukup lagi ke?"

Kalau difikirkan secara logik, apa yang dikatakan oleh sahabat Semut tu ada betulnya. Memang itulah hakikat sebenar. 

Golongan peneroka ni lebih banyak dapat keuntungan daripada orang lain. Malah jauh lebih mewah dari orang yang duduk dikampung - kampung.

"Saya dah kerja hampir 5tahun, jangan kata tanah. Nak beli rumah pun tak mampu lagi. Tapi saya bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T bagi. Saya zuhud dengan pemberianNya. 

"Apakah keredhaan Allah itu bukan sesuatu yang dituntut dalam hidup ni?"soal sahabat Semut lagi. Terkedu sekejap orang yang asyik membakar peneroka lain tu.

Sesungguhnya, hidup atas muka bumi ni kena selalu luahkan rasa bersyukur. Jangan ikut sangat pujuk rayu orang yang malas macam Si Mazlan Aliman tu. Dia bukan sahaja pemalas, asyik nak makan atas keuntungan orang lain je kerjanya. Bukan dia ada kerja lain!!!
Categories:

11 ulasan:

  1. betul sangat apa yg dukatakan..saya hari2 berjumpa dgn para2 peneroka nie..tak ada seorang pun peneroka mengalami hidup yang susah..habis2 sengkek pun,kalau dah tak ada duit pun ,,masih boleh ambil barang keperluan di kedai dmart..banyak yg duduk saja..ramai yg menyimpan duit berpuluh2 ribu dibank2 atau ditabung haji..rumah pun mengalah kan rumah2 pegawai2 kerajaan dibandar

    BalasPadam
  2. Maaf cakap la. Peneroka ni dulu asal usul duk kampung jadi orang bangsat ie kira miskin la. Tak dak tanah pendek kata tak dak harta. Kalau ada pun ciput aje. Tak percaya tanyalah mana-mana peneroka, kalau tak 100% betul, sekurang-kurangnya 80% pasti betul.
    Bila kerajaan mulakan tanah rancangan, depa yang bangsat ni la pi sertai. Yang ada harta atau yang agak berada di kampung-kampung mana nak pi jadi peneroka masuk rimba banat.
    Yang bangsat dulu, sekarang ni tidak lagi bangsat atas usaha siapa?
    Saya pasti jika kerajaan sekarang membuka tanah rancangan baru, berduyun-duyun orang memohon jadi peneroka. Jadi kepada pakcik-pakcik, makcik-makcik, haji dan hajjah peneroka sedarlah nasib diri diuntung. Jika tiada kerajaan sekarang tiadalah kedudukan kamu seperti apa yang kamu ada pada hari ini.

    BalasPadam
  3. aku anak peneroka umo 40an yg keje gomen tanpa ada kaitan unsur politik dgn ikhlas hati mengucapkan kepala hotak hang budak penulis kuang ajar..hang taktau pasai kehidupan,keperitan,senyum tangis warga peneroka dan anak2 30,40,50 thn dahulu..baru skrg stlh usia emas mrk merasai sedikit kesenangan sebegitu..dr muda sampai ke usia tua mrk bekerja keras ..tidak payah nak ajar la wahai bdk bodo pasai kesyukuran..kami amat memahami ttg itu dan lbh mengerti berkaitan FELDA..sosial,politik,ekonomi.

    BalasPadam
  4. Maaf Anon 12:08pg. Artikel Semut ni merujuk kepada Peneroka yang nak ambik tindakan saman terhadap Felda. Bukan keseluruhan warga Felda yang lain.

    BalasPadam
  5. banyak22 lah bersyukur kerana kamu ada dari orang yang tak ada jangan terikut sangat perangai syaitan gondol kat luar sana...

    BalasPadam
  6. mereka ini bukan tak tahu bersyukur, cuma tiada tindakan dari pihak felda untuk menerangkan sesuatu situasi yang sebenarnya... bukan felda pusat yang bangsat, tetapi segelintir pegawai haluan kiri yang ada difelda itu yang lebih bangsat. mereka ini yang membelit fakta... tak caya cuba selidik... semua nie anarki2 haluan kiri.

    anak peneroka kota tinggi.

    BalasPadam
  7. Semut hitam,
    kawan takde apa nak tambah .. seme yang aok kate betul blake ... kawan sokong !

    BalasPadam
  8. eden tak faham lah. apo lagi yang peneroka felda hendakan? betul cakap kawan semut itu kito harus bersyukur kerano ado tanah,rumah dan duit pun dapet. apo lagi? jangan suko dongar cakap oran.
    oran tak suko tengok kito sonang lobih lobih lagi tak korjo pun dapet RM1500.00. kalo guru baru keluar pengaian pun tak dapet banyak tu. kiro lah tak potong EPF,Socso dlln. tak jo bersyukur? ontah peneroka apo yang ekou hondakan?

    BalasPadam
  9. peneroka felda blh dkatakn golngan org2 senang..kalau usahakn sndiri kbun,paling2 pnat 3 hri je,tapi hasil bleh smpai rm4ribu..bg yang serahkn urusan kbun pada felda bleh rm1500 sbulan..semua felda buat,tuan tanah pegi amik duit je..

    BalasPadam
  10. ANON 12:08..
    KWN SEBAYA NGAN KMU?APA MASALAH PENEROKA SEJAK AKMU DI LAFHIRKAN DI DUNIA FELDA ITU SENDRI?BGTAU KWN..SEDAP CKP KEPALA HOTAK..LU SAPA?MCMNIL AJARAN HARAM..SEDAR DIRILA SIKIT..ZAMN DH BERDEDAR,ADE KEMAJUAN..ORG NK KEMAJUAN BUKAN NK KEMUNDURAN..SKRG ZAMAN GLOBALISASI..SYUKURLA APE YG ADE SEKARANG..DH BG BUNYIK.XBAGI MENYALAK..MANUSIA XPERNAH PUAS..PHUIII!..

    OTAI GEN 2..

    BalasPadam
  11. Felda ditubuhkan di atas kebijaksanaan kerajaan BN.itu hakikat sebenar.Peneroka memang susah hidupnya dulu.itu pun hakikat sebenar.peneroka membayar utk ladang dan tanah mereka.itu pun hakikat sebenar.kemudahan yang ada di Felda sekarang adalah hasil dari kerja peneroka jugak...tapi..kecekapan kerajaan BN yg mencari pembeli..masalah di rancangan felda skrg ini adalah terlalu ramai terlibat dgn dadah. salah siapa ??? tentunya salah peneroka dan pihak kerajaan BN...INI PUN HAKIKAT SEBENAR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping